SDI 0352: Hadis Tentang Bendera Hitam Adalah Teramat Lemah

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 794

Soalan: 

Tolong bagi status hadis ni Syeikh...

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ : إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّايَاتِ السُّوْدَ فَالْزَمُوْا الْاَرْضَ وَلَا تُحَرِّكُوْا أَيْدِيَكُمْ وَلَا أَرْجُلَكُمْ ! ثُمَّ يَظْهَرُ قَوْمٌ ضُعَفَاءُ لَا يُؤْبَهُ لَهُمْ ، قُلُوْبُهُمْ كَزُبُرِ الْحَدِيْدِ ، هُمْ أَصْحَابُ الدَّوْلَةِ ، لَا يَفُوْنَ بِعَهْدٍ وَلَا مِيْثَاقٍ ، يَدْعُوْنَ إِلَى الْحَقِّ وَلَيْسُوْا مِنْ أَهْلِهِ ، أَسْمَاؤُهُمُ الْكُنَى وَنِسْبَتُهُمُ الْقُرَى ، وَشُعُوْرُهُمْ مِرْخَاةٌ كَشُعُوْرِ النِّسَاءِ حَتَّى يَخْتَلِفُوْا فِيْهَا بَيْنَهُمْ ثُمَّ يُؤْتِي اللهُ الْحَقَّ مَنْ يَشَاءُ

“Jika kalian melihat bendera hitam, maka bertahanlah di bumi. Jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan muncul kaum lemah. Hati mereka seperti potongan besi. Mereka (mengaku) pemegang kekuasaan. Mereka tidak menepati janji. Mereka mengajak kepada haq namun mereka bukan orang yang benar. Nama mereka menggunakan kunyah (seperti Abu) dan nisbat mereka menggunakan nama daerah (seperti al-Baghdadi). Rambut mereka terurai seperti wanita, hingga mereka berselisih di antara mereka. Kemudian Allah mendatangkan kebenaran kepada yang dikehendakiNya.” (HR. Abu Nuaim dalam Kanz al-Ummal juz 11 halaman 283).

Jawapan:

Hadis ini diriwayatkan oleh Nu'aim bin Hammad نعيم بن حماد RH di dlm kitab alFitan, katanya:

Menceritakan kpd kami alWalid dan Risydin drpd Ibn Lahi'ah drpd Ibn Qabil drpd Abi Ruman drpd 'Ali bin Abi Tolib RA, lalu disebutkan hadis....

Sanad Hadis ini TERAMAT LEMAH atau Dhoief Jiddan.

Ia mengandungi banyak kecacatan:

1) Abu Ruman أبو رومان adlh seorg yg Majhul.

2) Ibn Lahi'ah ابن لهيعة namanya ialah 'Abdullah bin Lahi'ah bin 'Uqbah. Dihujung umurnya beliau tlh keliru. Disebbkan itu sekumpulan ulama telh menghukumnya sbg Lemah, melainkan jika diketahui ia mengambil hadis dr ssorg sblm dia terkeliru. Selain itu beliau juga merupakan seorg Mudallis. (Lihat alTahzib 5/327-331 dan Mizan al-I'tidal 2/457-484)

3) Nu'aim bin Hammad, penulis kitab alFitan yg meeiwayatkan hadis ini, tlh meriwayatkan hadis2 Mungkar. Sehingga alNasa'ie berkata ttgnya: "Bukan seorg yg Thiqah (boleh dipercayai)." (Tahzib alTahzib 10/461)

alHafidz Ibn Rajab berkata: "Nu'aim ini, sekalipun tlh dinilai sbg Thiqah oleh sekumpulan para Imam kerana berbaik sangka dgn beliau disbbkan bersangatannya beliau dgn sunnah dan bersungguhnya beliau membantah golongan yg mengikut hawa nafsu. (Namun) Dia terkeliru pd sbhgian hadis. Ketikamana mereka (para ulama) banyak memerhatikan hadis2 Mungkar dr beliau, mereka (para ulama) menghukumnya sbg Lemah." (Lihat Jami' alUlum wa alHikam 2/394)

al-Imam alZahabi dlm Siyar alA'lam alNubala' mengatakan: "Tidak boleh ssorgpun berhujjah dgn dia. Dan dia tlh menulis kitab Fitan, dia dtgkan di dlmnya hadis2 yg ajaib dan mungkar." (Siyar A'lam alNubala' 10/609)

4) alWalid bin Muslim pula tlh melakukan tadlis yg paling buruk.

Kata alHafidz Ibn Hajar RH di dlm Tobaqaat alMudallisin, ms: 51: "seorg yg disifatkan dgn melakukan Tadlis yg bersangatan."

Hadis ini ada Mutaba'ah dr Risydin bin Sa'ad. Beliau juga Dhoief atau Lemah. Kata alJauzajani: "Di sisinya banyak hadis2 Mungkar." (Mizan al-I'tidal 2/49)

Ada juga kebarangkalian alWalid mengambil hadis ini drpd Risydin. Justeru tidak boleh dijadikan Mutaba'ah.

Kesimpulannya: Apabila berhimpun kecacatan2 spt ini, ia menunjukkan hadis ini bersangatan lemah. Justeru hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh juga maknanya dipraktikkan ke dlm persoalan semasa yg berlaku hari ini.

Cetak
Wallahu a'lam