Sifat Fizikal Rasulullah SAW (6)

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 1531

Daripada Ibrahim bin Muhammad[1] dari kalangan cucu ‘Ali bin Abi Tolib, katanya: “Dahulunya Ali apabila mensifatkan Rasulullah SAW, beliau akan berkata:

إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ مِنْ وَلَدِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ، قَالَ : كَانَ عَلِيٌّ إِذَا وَصَفَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالطَّوِيلِ الْمُمَغَّطِ ، وَلا بِالْقَصِيرِ الْمُتَرَدِّدِ ، وَكَانَ رَبْعَةً مِنَ الْقَوْمِ ، لَمْ يَكُنْ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ ، وَلا بِالسَّبْطِ ، كَانَ جَعْدًا رَجِلا ، وَلَمْ يَكُنْ بِالْمُطَهَّمِ , وَلا بِالْمُكَلْثَمِ ، وَكَانَ فِي وَجْهِهِ تَدْوِيرٌ , أَبْيَضُ مُشْرَبٌ[2] ، أَدْعَجُ الْعَيْنَيْنِ ، أَهْدَبُ الأَشْفَارِ ، جَلِيلُ الْمُشَاشِ وَالْكَتَدِ ، أَجْرَدُ , ذُو مَسْرُبَةٍ ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ ، إِذَا مَشَى تَقَلَّعَ كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ فِي صَبَبٍ ، وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ مَعًا ، بَيْنَ كَتِفَيْهِ خَاتَمُ النُّبُوَّةِ ، وَهُوَ خَاتَمُ النَّبِيِّينَ ، أَجْوَدُ النَّاسِ صَدْرًا ، وَأَصْدَقُ النَّاسِ لَهْجَةً ، وَأَلْيَنُهُمْ عَرِيكَةً ، وَأَكْرَمُهُمْ عِشْرَةً ، مَنْ رَآهُ بَدِيهَةً هَابَهُ ، وَمَنْ خَالَطَهُ مَعْرِفَةً أَحَبَّهُ ، يَقُولُ نَاعِتُهُ : لَمْ أَرَ قَبْلَهُ , وَلا بَعْدَهُ مِثْلَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Dahulunya ‘Ali bin Abi Tolib apabila mensifatkan Rasulullah dia akan berkata: “Baginda bukanlah seorang yang amat terlalu tinggi, bukan juga seorang yang rendah, baginda terserlah diantara orang ramai, bukan seorang yang berambut amat kerinting, bukan juga seorang yang berambut lurus, sebaliknya rambut baginda pertengahan antara keduanya, baginda bukan seorang yang gemuk, bukan seorang yang bermuka terlalu bulat, sebaliknya menghampiri bulat, seorang yang putih bercampur merah (yang sedikit), berwarna hitam pekat kedua-dua biji mata, berbulu mata lebat dan panjang, jelas sendi tulang (seperti bahu, lutut dan siku), tidak berbulu di badan, namun terdapat bulu halus dari dada hingga ke pusat, dua tangan dan kaki yang berisi. Apabila berjalan baginda cergas seperti menuruni tempat rendah, apabila berpaling, baginda akan memalingkan seluruh tubuh baginda. Antara dua bahu baginda terdapat cop kenabian, iaitulah cop nabi terakhir[3]. Baginda seorang yang pemurah, seorang bercakap benar, paling lembut budi-pekerti, paling mulia dalam pergaulan, siapa yang memandang baginda kali pertama akan terasa haibah kepada baginda, siapa yang bergaul dengan baginda akan sayang kepada baginda. Yang mensifatkan baginda akan berkata: “Tidak pernah saya melihat seseorang sebelum dan selepas baginda seumpama baginda SAW.”[4]

Makna Ungkapan Dan Perkataan

 

 

 

 

Maksudnya: “maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Ali Imran: 159)

 

[1] Anak kepada Muhammad bin al-Hanafiah

[2] Bermaksud warna putih yang bercampur sedikit kemerahan.

[3] Seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab: 40

[4] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi di dalam al-Manaqib bilangan 3742.  Beliau berkata: “Hadis Hasan Gharib, Isnadnya tidak bersambung.” Al-Albani berkata: “Tiada wajah untuk menghasankan isnad riwayat ini yang inqita’ (terputus). Bagaimana mungkin sedang di dalamnya ada ‘Umar bin ‘Abdullah maula Ghufrah, dan beliau adalah lemah (dhoief) sepertimana yang terdapat di dalam al-Taqrib. Dari jalannya juga dikeluarkan oleh Ibn Sa’ad 1/410. Namun al-Syeikh ‘Abdul Razak bin ‘Abdul Muhsin al-Badr pula berkata: “Di dalam isnadnya ada pertikaian, (kerana) ‘Umar bin Abdullah maula Ghufrah adalah Lemah. Pada isnadnya juga terdapat inqita’ (terputus) diantara Ibrahim bin Muhammad dengan ‘Ali RA. Kerana itu penulis (al-Tirmizi) menganggapnya ada illah di dalam kitabnya al-Jami’ (3638) ketika meriwayatkannya kemudian menyatakan di hujungnya: “Hadis ini isnadnya tidak bersambung.” Adapun yang terdapat di dalam sebahagian naskhah (kitab Jami’ yang lain) al-Tirmizi, beliau berkata: “Hadis ini Hasan Gharib, Isnadnya tidak bersambung.” (ungkapan: Hadis ini Hasan Gharib) adalah satu kesilapan dari pihak para penukil (kerana) ia bertentangan dengan perkataan al-Tirmizi: “Isnadnya tidak bersambung.” Mereka yang menukilkan ungkapan ini daripada al-Imam al-Tirmizi, seumpama al-Hafidz al-‘Iraqi dan selain beliau, dimana tiada tambahan ini (iaitulah tambahan: Hadis ini Hasan Gharib). Maka hadis ini adalah Lemah isnadnya. Akan tetapi lafaz-lafaznya saling sokong menyokong.” Lihat Syarh Syamail al-Nabi SAW.

Cetak
Wallahu a'lam