Soalan:
*Assalamualaikum sahabat !!*
*RENUNGAN PAGI KHAMIS*
*7 SYAWAL 1439 H*
*KITA YANG BERBEZA !!*
๐น *Tangisan SI FASIK oleh kerana dosanya yang banyak lebih disukai Allah swt daripada takabbur SI ABID yang tertipu oleh kebesaran amalnya*
โค _*semoga bermanfaat ....!!*_
๐๐ปUstaz nak minta bolh check ke kata2 sape...hadis ke bukan...tq
Jawapan:
Ada riwayat yang hampir sama maksudnya disebut oleh al'Ajluni di dalam Kasyf alKhafa' dengan lafaz:
ุฃููู ุงูู ุฐูุจูู ุฃุญุจ ู ู ุฒุฌู ุงูู ุณุจุญูู
Maksudnya: "tangisan orang yang berdosa lebih disukai berbanding suara orang yang bertasbih." Pentahkik menyatakan beliau tidak mendapati riwayat ini ada asalnya.
alBaihaqi di dalam Syu'ab alIman pula menyebut riwayat ini tanpa dinisbahkan kepada Nabi SAW. Beliau berkata:
Menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf, katanya: Abu Bakar, Muhammad bin Abdullah alRazi berkata: "aku mendengar Abu 'Ali sahabat 'Ubaid bin alHubuliy berkata:
ุฃูุญู ุงููู ุนุฒ ูุฌู ุฅูู ุฏุงูุฏ ุนููู ุงูุณูุงู : ุฃููู ุงูู ุฐูุจูู ุฃุญุจ ุฅูู ู ู ุตุฑุงุฎ ุงูุตุฏูููู
Maksudnya: "Allah Azza wa jalla mewahyukan kepada Daud AS: tangisan orang-orang yang berdosa lebih Daku sukai berbanding teriakan orang-orang yang siddiq."
Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah di dalam Majmu' alFatawa ada menyebut riwayat ini dalam bentuk dapat difahami ia tidak sahih dengan beliau menggunakan lafaz ููุฏ ุฑูู.
Oleh itu, dari sudut periwayatan ia tidak sahih. Namun maksud ungkapan itu benar. Cuma pemilihan ungkapan si fasiq itu tak berapa tepat. Apapun penyebaran ungkapan-ungkapan seperti ini yang tidak ada penisbahan kepada Nabi SAW, manakala kandungannya pula memiliki kebenaran berdasarkan bukti-bukti lain, maka tiada masalah.