Soalan:
Ustaz, adakah sahih riwayat ni?
Nasihat Saidina Umar Al Khattab ra
“Wahai manusia ! awasilah perut kamu dari sentiasa dipenuhi makanan kerana ia meyebabkan malas untuk sembahyang, merosakkan tubuh badan dan boleh mengundang penyakit. Sesungguhnya Allah amat benci kepada orang alim yang gemuk. Sebaliknya hendaklah kamu bersederhana dalam urusan makan minum kerana ia amat hampir kepada kebaikan dan jauh dari bermewah dan membazir serta amat membantu untuk beribadat kepada Allah. Seseorang hamba itu tidak binasa sehinggalah dia mengutamakan nafsu dari agama.”
Pernah beliau melihat seorang lelaki yang sangat besar perutnya lalu beliau bertanya : “Apakah ini?” Jawab lelaki itu : “Inilah berkat dari Allah”. Jawab beliau : “Tidak ! Ini sebenarnya azab dari Allah”.
Jawapan:
Riwayat dari Umar yang anda maksudkan ialah:
أيها الناس إياكم والبطنة فإنها مكسلة عن الصلاة مفسدة للجسد مؤثرة للسقم، فإن الله عز وجل يبغض [الجبن]! السمين ولكن عليكم بالقصد في قوتكم فإنه أدنى من الإصلاح وأبعد من السرف وأقوى على عبادة الرب عز وجل فإنه لن يهلك عبد حتى يؤثر شهوته على دينه
Perkataan yang dinisbahkan kepada 'Umar ini diriwayatkan oleh Ibn Abi alDunya di dalam الجوع al-Ju' (18) dan Islah al-Mal (333). Di dalam sanadnya ada seorang rawi bernama alMu'alla alJu'fi beliau ialah alMu'alla bin Hilal bin Suwaid alHadhrami. Beliau seorang yang telah disepakati oleh ulama Nuqqad sebagai pendusta dan pereka hadis seperti yang dinyatakan di dalam Mizanul I'tidal 4/152.