SDI 0781: Status Hadis Solat Dicampak Kemuka

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 772
Tarikh Soal-jawab: 8 Februari 2018
Kemaskini: 30 Sept 2020
 
Soalan:
 
Assalāmu'alayk ustādh. Mohon penjelasan tentang status hadīth di bawah. Jazākallāhu khayrā. 👇
 
Jawapan:
 
Hadis dinilah sebagai Lemah oleh al-Imam Ahmad, Ibn Ma'ien, Abu Hatim, al-'Ijliy, alNasa'ie, alDaraqutni dan lain-lain. Lihat Ithaf alMaharah oleh Ibn Hajar alAsqalani.
 
Di bawah ini saya kongsikan teks hadis tersebut:
 
قَالَ أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمِ بْنِ أَبِي الْوَضَّاحِ ، عَنِ الأَحْوَصِ بْنِ حَكِيمٍ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ ، عَنْ عُبَادَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : إِذَا أَحْسَنَ الرَّجُلُ الصَّلاَةَ فَأتَمَّ رُكُوعَهَا وَسُجُودَهَا ، قَالَتِ الصَّلاَةُ : حَفِظَكَ الله كَمَا حَفِظْتَنِي فَتُرْفَعُ ، وَإِذَا أَسَاءَ الصَّلاَةَ وَلَمْ يُتِمَّ رُكُوعَهَا ، وَلاَ سُجُودَهَا ، قَالَتِ الصَّلاَةُ : ضَيَّعُكَ الله كَمَا ضَيَّعْتَنِي ، فَتُلَفُّ كَمَا يُلَفُّ الثَّوْبُ الْخَلِقُ ، فَيُضْرَبُ بِهَا وَجْهُهُ
 
Terjemahan lebih kurang seperti di dalam screenshoot.
 
Soalan: 
assalamualaikum ustaz, kalau kuliah, boleh guna hadis ini tak untuk bahan pengajaran. sebab dalam buku mauizah yang dikarang oleh tuan guru nik abdul aziz juga beliau petik hadis ini? terima kasih
 
Jawapan: 
Perlu dinyatakan hadis tersebut dhoief. Insyaallah jika sampai maklumat kedhaifan hadis ini kepada Tuan Guru Nik Aziz, beliau juga akan nyatakan kedhaiefannya. 
 
Soalan: 
maksud ustaz, bila mengajar tak payah gunalah hadis ini untuk mengukuhkan kelebihan solat dan kesan meninggalkan solat? bolehkan hadis dhaief digunakan untuk tujuan di atas?
 
Jawapan: 
Hadis dhoief atau lemah yang sedikit boleh digunakan bagi memberi ancaman berdasarkan pandangan sebahagian ulama. Namun yang terbaik sebagai keluar dari khilaf, tak perlu nyatakan hadis ini. Jika dinyatakan hendaklah diberitahu statusnya dhoief.
Cetak
Wallahu a'lam