SDI 0005: Hadis Palsu Tentang Qadha Solat Jumaat Terakhir Ramadan
- Soalan:
Ustaz nak tanya tentang status hadis kelebihan qadha solat 5 waktu pada jumaat terakhir bulan ramadan. apakah hadis itu sahih?
Jawapan:
Hadis yang dimaksudkan iaitulah:من صلى في آخر جمعة من رمضان الخمس الصلوات المفروضة في اليوم والليلة قضت عنه ما أخل به من صلاة سنَته
Maksudnya: "sesiapa yang qadha solat fardhu lima (5) waktu pada hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan pada waktu siang dan malam, maka telah selesai darinya apa-apa yang kurang (solat yang ditinggalkan) dari solatnya selama setahun."
Kata al-Syaukani: "Hadis ini palsu, tiada keraguan lagi. Aku juga belum dapati ia tercatit dalam mana-mana kitab yang penulisnya menghimpunkan hadis-hadis yang palsu (sekalipun). Akan tetapi hadis ini masyhur dalam kalangan para pelajar di Bandar San'aa' (Yaman) di zaman kita ini, menyebabkan orang ramai melakukannya. Aku tidak tahu, siapakah yang mereka-reka hadis ini untuk orang ramai, semoga Allah memburukkan para pendusta." (Al-Fawaid al-Majmuah fi al-Ahadith al-Maudhu'ah, halaman: 54)
- Wallahu a'lam