SDI 0006: Darjat Hadis Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran
- Soalan:
Assalammualaikum ustaz..
Ustaz..adakah hadis ini sahih?
Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran
- Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu. (Hadith Riwayat Thabrani.).
Mohon pencerahan ustazJawapan:
Ini lafaz hadisnya:سيخرُجُ أقوامٌ من أُمَّتِي يَشربُونَ القرآنَ كشُربِهِمْ اللَّبَنَ
Ya, hadis dinilai Hasan oleh al-Albani.
Hadis ini merupakan celaan kepada sebahagian umat akhir zaman yang hanya membaca al-Quran namun tidak mengambil pengajaran dan mentadaburinya.
- Wallahu a'lam