SDI 0029: Status Hadis Baca Surah alKahfi Malam Jumaat

السلام عليكم

Ust,apa setatus hadis ni,sebab ada org kata lafaz hari jumaat tk sohih.mohon pnjelasan.


جزاكم الله خيرا
ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﺳﻌﻴﺪ اﻟﺨﺪﺭﻱ، ﻗﺎﻝ: ﻣﻦ ﻗﺮﺃ ﺳﻮﺭﺓ اﻟﻜﻬﻒ ﻟﻴﻠﺔ اﻟﺠﻤﻌﺔ، ﺃﺿﺎء ﻟﻪ ﻣﻦ اﻟﻨﻮﺭ ﻓﻴﻤﺎ ﺑﻴﻨﻪ ﻭﺑﻴﻦ اﻟﺒﻴﺖ اﻟﻌﺘﻴﻖ"

Boleh beramal ka dgn hadis ni?

Jawapan:

Hadis tersebut diriwayatkan daripada Abu Sa'ied al-Khudriy RA yang berkata:

"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada malam Jumaat, akan meneranginya cahaya di antaranya hingga ke al-Bait al-;Atiq."

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Daraqutni, dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami'. Boleh beramal dengan hadis ini kerana ia Sahih.

Komen:

Mohon penjelasan ust... fadhilat tu untuk baca pd keseluruhan hari jumaat atau pada malamnya sahaja? tq

Jawapan Bin Sahak: 

Sepanjang hari Jumaat, iaitulah bermula setelah tenggelamnya matahari pada hari Khamis sehingga tenggelamnya matahari pada hari jumaat.


Cetak  
Wallahu a'lam