SDI 1152: Umat Islam Akan Berperang Dgn China?

 

salam ust qadir, mohon komen sikit ttg kenyataan dlm khutbah di bawah. Umat Islam akan berperang dgn org2 China yg disifatkan sbg berwajah merah, berhidung kemek dan berwajah bulat.

https://www.facebook.com/492407374275152/posts/1392667387582475/

Jawapan:

Hadis yg dibaca adalah hadis Sahih riwayat alImam alBukhari.

Ada beberapa tokoh yg sebut sedemikian. Antara mereka pendakwah terkenal Mesir alSyeikh Muhammad Hassan yg memberikan sempadan kpd golongan yg dimaksudkan di dlm hadis. Beliau berkata:

وهي بلاد مشهورة يحدها من الغرب بلاد فارس، ومن الشمال خراسان، ومن الجنوب الخليج الفارسي، أو بحر فارس ـ كما كان يسمى قبل ذلك عند العرب ـ وهي حالياً بلاد الصين وروسيا واليابان

Maksudnya: "ianya negara yg masyhur, sempadannya dr barat adalah negara Parsi, dr utara Khurasan, dr selatan Teluk Parsi atau Lautan Parsi spt yg diberi nama sebelum ini di kalangan org2 Arab. Sekarang ini adalah berupa negara China, Rusia dan Jepun."

Namun alSyeikh Masyhur Hasan Salman menyatakan kedua2 tempat ini berada di dlm negara Iran. (Lihat: https://islamqa.info/amp/ar/answers/129164)

Jika merujuk kpd Fath alBari, Ibn Hajar ketika menghuraikan hadis ini berkata:

Khuzan خوزا termasuk dr negara alAhwaz الأهواز dan ia terdiri dr negara 'Iraq al'Ajam ('Iraq bukan 'Arab)."

'Iraq al'Ajam di dlm wikipedia dinyatakan sebagai:

"Tanah yang terletak di timur Iraq, termasuk bandar-bandar seperti Isfahan, Al-Rai, Qazvin dan Kermanshah. Wilayah ini juga dikenali sebagai kawasan pergunungan. Wilayah ini termasuk wilayah-wilayah pergunungan Kurdi, Parsi dan Azeri." (Sumber:
https://ar.m.wikipedia.org/wiki/%D8%B9%D8%B1%D8%A7%D9%82_%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%AC%D9%85)

Kata Ibn Hajar lagi: "Adapun Kirman كرمان, )atau boleh juga disebut Karman) negara masyhur yg juga bukan 'Arab terletak di antara Khurasan dan lautan Hindi..." Dikatakan juga negara mereka terletak di antara timur Khurasan sehingga ke barat China, utara India dan seterusnya." (Fath alBari 6/703)

Isu yg perlu diteliti sebaik mungkin, apakah boleh dikaitkan hadis ini dgn isu semasa? Zahir hadis menunjukkan isu berbeza, krn hadis sebut umat islam akan berperang. Hakikat yg berlaku hari ini, umat islam dibunuh. Selain itu perkara yg lebih penting dlm penindasan dan kezaliman yg dilakukan ke atas umat Islam hari ini, termasuk di India dan China ialah apakah usaha kita dlm melaksanakan tanggungjawab persaudaraan Islam terhadap saudara seislam kita.


Cetak  
Wallahu a'lam