Dlm salah satu lafaz doa solat jenazah kanak2, Nabi SAW mengajarkan kpd kita utk dibaca:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ لَهُمَا فَرَطًا.... وَاجْعَلْهُ لَهُمَا ذُخْرًا....
Maksudnya: "Ya Allah, jadikanlah anak (yang meninggal itu) FARATAN dan ZUKHRAN bagi kedua-dua ibu-bapanya..."
FARATAN ialah seseorang yang mendahului orang lain untuk menyediakan tempat untuk mereka. Orang Arab dalam permusafiran, jika bersama dengan mereka ternakan kambing yang banyak, akan mengutuskan seseorang agar pergi terlebih dahulu dan berkata:
اذهب أنت فرطا لنا
Maksudnya: "Pergilah kamu sebagai FARATAN untuk kami." Iaitulah sebagai seorang yang mendahului kami bagi tujuan mempersiapkan cedokan air, tempat takungan dan saluran air. Agar apabila mereka sampai maka semuanya telah tersiap sedia.
Demikianlah di dalam doa ini. Kita memohon kepada Allah agar menjadikan anak yang meninggal dunia itu FARATAN untuk ibu-bapanya dengan maksud mempersiapkan tempat di dalam syurga untuk mereka.
Justeru, wahai mereka yang kematian anak-anak, bergembiralah dengan perkhabaran ini.
Apakah pula maksud DUKHRAN??? Sila dapatkan buku...
"Ambil Tahu Sebelum Berlaku" Bin Sahak.
--------------------------------
Soalan:
Ustaz...Dukhran au Zukhran?
Jzkk...
Jawapan:
Zukhran ذُخْرًا dengan huruf "Zhal" ذ, inilah yang betul dan yang Asal. Manakala kedudukan huruf "Zhal" ذ boleh diganti dengan huruf "Dal" د apabila disebut dengan wazan افتعل. Dalam alQuran Allah SWT berfirman:
تَدَّخِرُوْنَ فِيْ بُيُوْتِكُمْ
Kata alZajjaj, asalnya ialah تذتخرون dengan ذ "Zhal" bawah wazan (افتعل - يفتعل). Namun huruf Zhal "ذ" adalah huruf Majhur. Manakala huruf Ta "ت" pula adalah Mahmus.
Huruf Zhal ذ menjadi berat untuk disebut bersama huruf Ta ت. Maka ditukarkan dari makhraj huruf Ta dengan huruf Majhur lain yang menyerupai huruf Zhal ذ pada jaharnya, maka huruf tersebut adalah huruf Dal "د". Setelah itu di"idgham"kan dengan huruf Ta ت kedua maka jadilah تدّخرون. Oleh itu ذُخْرًا adalah yang asal dan itulah yang tercatit di dalam hadis yang saya bawakan.