Beliau ialah Abu 'Iesa, Muhammad bin Thaurah bin Musa bin alDhahhak أبو عيسى محمد بن سورة بن موسى بن الضحاك (210-279H)
Kata beliau:
Maksudnya: "Aku menukis kitab ini (Sunan alTirmizi), aku bentangkannya kpd ulama Hijaz, mereka mempersetujuinya, aku bentangkan kpd ulama Iraq, mereka persetujuinya, aku bentangkan kpd ulama Khurasan, mereka persetujuinya."
Beliau menyambung katanya:
ومن كان في بيته هذا الكتاب فكأنما في بيته نبي يتكلم
Maksudnya: "Sesiapa yg ada di rumahnya kitab ini, ia seolah2 di dlm rumahnya ada seorg Nabi yg berkata2."
Terdapat banyak Mustalahat yg digunakan oleh alImam alTirmizi di dlm kitab Jami'nya dlm menghukum hadis.
Dr. 'Adab alHamush عداب الحمش menyatakan, melalui pemerhatian dan penelitian yg mendalam didapati alTirmizi menggunakan 96 mustalahat yg berbeza dlm menghukum darjat2 hadis di dlm kitabnya alJami'.
Di antara mutalahat itu:
1. Hanya disebutnya sekali sahaja dlm menghukum hadis iaitulah أحسن وأصح utk hadis bilangan 2101.
2. Digunakan sekala-sekala sahaja iaitulah أحسن شيء في الباب وأصح atau beliau berkata: أصح شيء في الباب وأحسن.
3. Digunakannya sebanyak 1641 kali iaitulah حسن صحيح.
4. Manakala istilah حسن صحيح غريب digunakan sebanyak 321 kali.
5. Istilah صحيح digunakan sebanyak 108 kali.
Istilah صحيح غريب sebanyak 18 kali.
6. Istilah حسن sebanyak 312 kali.
7. Itilah حسن غريب sebanyak 557 kali
8. Istilah حديث لا نعرفه إلا من حديث فلان sebanyak 209 kali
9. Istilah غريب sebanyak 362 kali.
Dari sudut pembahagian hadis yg kuat dan lemah oleh alImam alTirmizi, dapat dibahagikan mustalahat yg digunakan beliau adalah seperti berikut:
bersambung insyaAllah
-BinSahak-