SDI 0607: Darjat Hadis Burung Merpati Sebagai Syaitan

Soalan: 

Ustaz tolong sat, apa status hadis ini dan apa ceritanya burung merpati dikatakan syaitan?



Jawapan:

Hadis ini Darjatnya Sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan selainnya dari Abu Hurairah RA:

أن رسول ا لله صلى الله عليه وسلم رأى رجلاً يتبع حمامة فقال: شيطان يتبع شيطانة

Maksudnya: "Bahawa Rasulullah SAW pernah melihat seorang lelaki mengikuti burung merpati. Lalu baginda bersabda: "syaitan sedang mengikuti syaitan."

Hadis ini dinilai Sahih oleh alAlbani dan selain beliau. Di dalam kitab 'Aun alMa'bud dinyatakan:

إنما سماه شيطاناً لمباعدته عن الحق واشتغاله بما لا يعنيه، وسماها شيطانة لأنها أورثته الغفلة عن ذكر الله

Maksudnya: "Baginda menamakan lelaki itu sebagai syaitan kerana saling berjauhnya dia dari kebenaran dan kesibukannya dengan sesuatu yang tiada faedah. Baginda menamakan burung itu sebagai syaitan kerana burung itu mewariskan kelalaian kepada lelaki itu dari mengingati Allah."


Cetak  
Wallahu a'lam