Dua rakaat sunat sebelum Subuh adalah solat sunat yang paling utama di sisi ulama empat mazhab, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. ‘Aisyah RA berkata:
لم يكُنِ النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم على شيءٍ مِن النوافلِ أَشدَّ تعاهُدًا منْه على رَكعتَي الفجرِ
Maksudnya: “Tiada sesuatu perkara sunat yang baginda SAW benar-benar menjaganya lebih dari baginda menjaga dua rakaat sebelum Subuh.” (al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, ‘Aisyah berkata:
ركعتَا الفجرِ خيرٌ من الدُّنيا وما فيها
Maksudnya: “Dua rakaat Subuh adalah lebih baik berbanding dunia dan segala isinya.”
Baginda juga bersabda:
لهُما أحبُّ إليَّ من الدُّنيا جميعًا
Maksudnya: “Dua rakaat sebelum Subuh, lebih aku sukai berbanding dunia keseluruhannya.” (Muslim)