Solat witir adalah solat malam yang paling utama. Sehinggakan sebahagian ulama berpandangan hukumnya adalah wajib. Kata Imam Ahmad bin Hambal:
من ترك الوتر عمدا فهو رجل سوء لا ينبغي أن تقبل له شهادة
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan Witir secara sengaja, maka dia seorang yang keji, tidak sepatutnya diterima penyaksian daripanya.” Sekalipun demikian, pandangan yang lebih kuat hukumnya adalah sunat seperti yang dinyatakan oleh majoriti ulama.
‘Ali bin Abi Talib RA berkata, Nabi SAW bersabda:
يا أهل القرآن أوتروا فإن الله عز وجل وتر يحب الوتر
Maksudnya: “Wahai ahli al-Quran, tunaikanlah solat Witir, kerana sesungguhnya Allah itu bersendirian (tiada persamaan) dan Dia sukakan solat Witir yang ganjil.” (HR Abu Daud dan al-Nasaie. Dinilai Sahih oleh al-Albani)