Soalan:
Assalam Ustaz. Sahih ka hadis di atas?
Jawapan:
alAlbani menilai hadis ini sebagai Hasan. Ini teks hadis yang ditanya:
أكثروا من الصلاة علي في كل يوم جمعة , فإن صلاة أمتي تعرض علي في كل يوم جمعة , فمن كان أكثركم علي صلاة كان أقربهم مني مَنْزِلة
Maksudnya: "Banyakkanlah selawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Siapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, maka dialah yang paling hampir kedudukannya denganku." Kata alAlbani hadis ini diriwayatkan oleh alBaihaqi dengan sanad yang Hasan.
Selain itu, hadis ini juga disokong dengan hadis Aus bin Aus RA. Rasulullah SAW bersabda:
إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة فأكثروا عليّ من الصلاة فيه فإن صلاتكم معروضة عليّ . فقالوا : يا رسول الله وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرِمْت ؟ ( يعني بَلِيت ) قال : إن الله تبارك وتعالى حرّم على الأرض أجساد الأنبياء
Maksudnya: "Sesungguhnya termasuk dalam sebaik-baik hari kamu adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah padanya berselawat ke atasku. Sesunguhnya selawat kamu semua dibentangkan kepadaku." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah bagaimana dibentangkan selawat kami ke atasmu, sedangkan kamu telahpun hancur (dimakan bumi)?" Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi." Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, alNasa'ie dan Ibn Majah. Hadis ini adalah Sahih.