Kelebihan solat subuh berjemaah mendapat jaminan keselamatan dari Allah SWT

 

"Sesiapa yang menunaikan solat Subuh", dalam sebahagian riwayat "secara berjemaah", maka dia berada di dalam jaminan dan pemeliharaan dari Allah. Maka jangan kamu semua merungkaikan jaminan yang Allah berikan kepada orang yang menunaikan solat Subuh berjemaah tersebut.

Itu kelebihan orang yang menunaikan solat Subuh berjemaah. Kenapa Nabi sebut hadis ni? Kerana selepas solat Subuh orang Islam akan buat kerja harian mereka. Mereka akan berkumpul, bercampur dengan orang ramai. Orang yang solat Subuh berjemaah, dia mendapat jaminan dari Allah. Jaminan keamanan dan keselamatan. Maka sesiapa yang cuba menzaliminya, orang itu telah merungkaikan, orang itu telah menceroboh jaminan keselamatan dan keamanan dari Allah untuk orang yang menunaikan solat Subuh berjemaah tersebut. Lalu datang dalam riwayat hadis Muslim seperti yang disebut oleh syeikh Idris al-Marbawi, apa dia? Iaitulah Nabi SAW bersabda: فلا يطلبنكم الله من ذمته بشيء jangan kamu semua dituntut oleh Allah akan jaminannya yang kamu semua ceroboh terhadap orang yang telah menunaikan solat Subuh berjemaah tadi ni. Siapa yang Allah tuntut pasai apa hampa p ceroboh jaminan yang Allah taala berikan kepada seseorang, siapa yang Allah tuntut darinya jaminan tersebut di akhirat kelak, sudah tentu dia akan dibenamkan di dalam neraka. Itu maksud hadis yang saya faham.

Tuan-tuan tengak hadis ini, seperti yang saya sebut di awal tadi menceritakan tentang kelebihan orang yang menunaikan solat Subuh berjemaah. Dikatakan – wallahu a’lam – al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi seorang gabenor zaman Bani Umayyah  yang terkenal dengan kezalimannya, dikatakan jika dia hendak menjatuhkan hukuman kepada seseorang, dia akan tanya apakah orang itu menunaikan solat Subuh berjemaah pagi tadi? Jika orang itu menunaikan solat Subuh berjemaah, dikatakan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi akan menangguhkan hukuman tersebut kerana takut dia menceroboh jaminan keselamatan dari Allah terhadap  orang itu. Sama juga dengan budak-budak Arab yang nakal. Kalau ditangkap buat kesalahan. Dia nak lepas dari hukuman, dia akan kata: صليت الصبح جماعة Subuh tadi aku telah tunaikan solat secara berjemaah, dengan harapan gurunya tak kenakan hukuman kepada dia, dia minta maaf dari guru dia, kerana orang yang menunaikan solat Subuh berjemaah dia berada dalam jaminan keselamatan dan keamanan dari Allah SWT.


Cetak  
Wallahu a'lam