Puasa Arafah Adalah Pada 9 Zulhijjah

Sebahagian isteri Nabi SAW menyatakan:
 
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة ، ويوم عاشوراء ، وثلاثة أيام من كل شهر أول اثنين من الشهر والخميس
 
Maksudnya: "Dahulunya Rasulullah SAW sering berpuasa 9 Zulhijjah (9 hari awal bulan Zulhijjah), hari 'Asyura, 3 hari dalam setiap bulan, awal Isnin dan Khamis." (Riwayat Abu Daud 2437, Ahmad 22690 dan alNasa'ie 2372. Dinilai Sahih oleh alAlbani) 
 
Ungkapan كان يصوم membawa maksud alIstimrar, iaitulah baginda seringkali berpuasa antaranya pada 9 hari awal Zulhijjah. Hadis ini menunjukkan baginda telah berpuasa 9 hari awal bulan Zulhijjah sebelum berlakunya Haji Wada'.
 

Cetak  
Wallahu a'lam