Soalan:
Berapa kali Nabi SAW melakukan korban?
Jawapan:
Berdasarkan hadis riwayat Ahmad dan al-Tirmizi daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar yang berkata:
أَقَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالمَدِينَةِ عَشْرَ سِنِينَ، يُضَحِّي كُلَّ سَنَةٍ
Maksudnya: “Rasulullah SAW menetap di Madinah selama 10 tahun dan baginda melakukan korban pada setiap tahun itu.” Ada perbezaan pendapat ulama dalam menilai hadis ini, namun ia dinilai Hasan oleh al-Tirmizi.
Hadis yang membawa maksud yang sama diriwayatkan juga oleh Ibn Sa‘ad di dalam al-Tabaqat 1/191 dengan tambahan lafaz: لا يَدَعُ الأَضْحَى “baginda tidak pernah meninggalkan korban (selama 10 tahun baginda berada di Madinah).”
Selain itu, bukti lain menunjukkan Nabi SAW pada tahun ke-10, baginda menyembelih hady, bukan korban, kerana pada tahun tersebut baginda SAW melaksanakan haji wada'.