Soalan:
assalamuaalaikum ustaz kadir.
Ada seorg ustaz suka marah2 dalam ceramahnya berikan satu doa untuk diamaljan setiap hari slps subuh dan asar. Dibaca sebanyak 25 kali. Siapa yang membacanya dicatit sbagi seorg yang mati sayaahid.
Allaahumma barrik li fil maut wa diima ba'dal maut.
Boleh ust tolong sahkan kedudukan hadith ini tk.
Jawapan:
Wsalam warahmatullah.
Hadis tersebut LEMAH atau DHOIEF.
Di bawah ini huraiannya:
Hadis ini terdapat di dalam Ihyaa' 'Ulum alDin oleh Imam alagihazali. Imam al'Iraqi ketika memberi komentar kpd hadis ini berkata:
"Belum daku dapati bagi hadis ini Isnad."
alTobarani juga ada meriwayatkan hadis ini dalam alAwsath. AlHaithami di dalam Majma' alZawa'id 5/361 berkata:
"Hadis ini diriwayatkan oleh alTabarani di dalam alAwsath, dan di dalamnya (sanadanya), (periwayat2) yang belum aku kenali."
alMuhaddith Muhammad bin 'Ali bin Adam bin Musa al-Ithyubi alWallawi الإثيوبي الولوي di dalam Nazamnya kpd kitab alSuyuti bertajuk Abwab alSa'adah Fi Asbab alSayaahadah, dimana beliau telah menyusun sebanyak 52 bait nazam dan beliau namakan kitab nazamnya itu sebagai Ithaf Ahl alSa'adah Bi Sayaarh Asbab alSayaahadah, di dalamnya beliau berkata:
ومن يقل بارك لي الموت وما ... من بعده خمسا وعشرين الزما ... فمات في الفراش لكن الخبر ... ما صح في هذا فلا تلق النظر.
Maksudanya: "siapa yang berkata (Ya Allah), "berkatilah bagiku akan kematian itu dan apa2 yang slpsnya" (sebanyak) 25 kali", hendaklah dia melazimi bilangan ini. Maka dia mati di atas katilnya (sbagi sayaahid), akan tetapi khabar ini tidak Sahih, maka jgn diberi perhatian (kpdanya)."
Seterusnya di dalam Bughyah Tolib alSiyadah Fi Sayaarh Ithaf Ahl alSa'adah Bi Ma'rifah Asbab asSayaahadah berkata:
"Aku berkata: "dan termasuk dari apa2 yang ada (diriwayatkan) bahawa sayaahid juga sesiapa yang berkata dalam sehari..... hingga ke akhir hadis. Ia telah diriwayatkan oleh alTabarani di dalam alAwsath dari 'Aisayaah RA yang berkata: "wahai rasulullah, bukan sayaahid melainkan sesiapa yang terbunuh di jalan Allah?" Baginda menjawab: "wahai 'Aisayaah, sesungguhnya sayauhadaa' dari kalangan umatku jika demikian amat sedikit. (Oleh itu) siapa yang membaca dalam sehari 25 kali:
اللهم بارك لي في الموت وفيما بعد الموت
Setelah itu dia mati di tempat tidurnya, Allah akan berikan kpdanya pahala seorg sayaahid." HADIS INI LEMAH, kerana (sanadanya) Musalsil Bi alMajahil. Kata alHafidz Abu Bakr alHaithami di dalam Majma' alZawaid: "dikeluarkan oleh alTabarani di dalam alAwsath dan di dalamnya (sanadanya) mereka yang tidak aku kenali." (Bughyah Tolib alSiyadah.. halaman 141-142)