Galakan Membanyakkan Doa

GALAKAN MEMBANYAKKAN DOA

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ رَضِيَ الله عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "مَا عَلَى الْأَرْضِ مُسْلِمٌ يَدْعُو اللَّهَ بِدَعْوَةٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ إِيَّاهَا أَوْ صَرَفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ"، فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ: إِذًا نُكْثِرُ، قَالَ: "اللَّهُ أَكْثَرُ"

Mafhumnya: Daripada ‘Ubadah bin Somit RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiada di muka bumi seorang muslim yang meminta kepada Allah dengan satu permintaan, melainkan Allah SWT akan memakbulkan permintaannya, atau Allah akan menghilangkan daripadanya keburukan yang setanding dengan permohonannnya itu, selamamana dia tidak memohon melakukan dosa atau memutuskan silaturrahim.” Seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kami akan perbanyakkan doa." Jawab Nabi SAW “Allah lebih banyak akan memakbulkan doa."

Hadith riwayat al-Tirmizi, bilangan 3573 dan katanya: “Hasan Sahih Gharib”. Diriwayatkan juga oleh ‘Abdullah bin Ahmad di dalam Zawaidnya kepada al-Musnad, bilangan 22837. Demikian juga al-Dhiyak, bilangan 316 dan beliau berkata: “Isnadnya Hasan”. Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani di dalam al-Awsath, bilangan 147. Hadith ini juga dinilai sebagai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bilangan 5636.


Cetak  
Wallahu a'lam