حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : صَلاَةُ الجَمِيعِ تَزِيدُ عَلَى صَلاَتِهِ فِي بَيْتِهِ ، وَصَلاَتِهِ فِي سُوقِهِ ، خَمْسًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ ، وَأَتَى المَسْجِدَ ، لاَ يُرِيدُ إِلَّا الصَّلاَةَ ، لَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً ، وَحَطَّ عَنْهُ خَطِيئَةً ، حَتَّى يَدْخُلَ المَسْجِدَ ، وَإِذَا دَخَلَ المَسْجِدَ ، كَانَ فِي صَلاَةٍ مَا كَانَتْ تَحْبِسُهُ ، وَتُصَلِّي - يَعْنِي عَلَيْهِ المَلاَئِكَةُ - مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي يُصَلِّي فِيهِ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ ، مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ
Maksudnya: "Menceritakan kepada kami Musaddad, katanya: "menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah, daripada al-A'masy, daripada Abi Soleh, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW yang bersabda:
“Solat secara berjemaah adalah lebih pahalanya berbanding solat seseorang di rumahnya dan di kedainya sebanyak 25 darjat. Sesungguhnya apabila seseorang daripada kamu berwudhu dengan elok, kemudian dia pergi ke masjid kerana hendak menunaikan solat, dengan setiap langkahnya, Allah akan menaikkannya satu darjat dan menghapuskan darinya satu kesalahan, sehinggalah dia masuk ke dalam masjid. Setelah dia masuk ke dalam masjid, dia terhitung sebagai seorang yang berada di dalam solat, selama-mana dia tidak keluar dari masjid kerana menunggu solat didirikan, malaikat juga akan berselawat ke atasnya selagi dia kekal di dalam masjid dengan berkata: “Ya Allah berilah keampunan kepadanya, ya Allah rahmatilah dia.” selagi dia tidak berhadas.” (Sahih al-Bukhari; Kitab al-Solah; Bab Solah Fi Masjid al-Suq; hadis bil: 467)
حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ ، أَخْبَرَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ عَدِيٍّ ، أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَبِي أُنَيْسَةَ ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ الْأَشْجَعِيِّ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ، ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مَنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ ، كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً ، وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
maksudnya: "Menceritakan kepadaku Ishak bin Mansur, katanya: "mengkhabarkan kepada kami Zakaria bin 'Adiy, katanya: "mengkhabarkan kepada kami Ubaidullah iaitulah Ibn 'Amr, daripada Zaid bin Abi Unaisah, daripada 'Adiy bin Thabit, daripada Abi Hazim al-Asyja'ie, daripada Abu Hurairah, katanya: "Sabda Rasulullah SAW:
“Siapa yang bersuci di rumahnya, kemudian berjalan menuju ke salah satu masjid untuk menunaikan solat fardhu yang ditetapkan oleh Allah. Setiap langkahnya akan menghapuskan satu dosa dan akan menaikkan satu darjat.” (Sahih Muslim; Kitab al-Masajid Wa Mawadhi' al-Solah; Bab al-Masy-yi Ila al-Solah Tamha Bihi al-Khataya Wa Tarfa'u Bihi al-Darajat; hadis bil: 1117)
Penjelasan Dan Faedah Hadis
- Termasuk di dalam sebab memperolehi kelebihan yang ada di dalam hadis ini ialah berwudhu dengan cara yang sempurna serta meraikan sunat dan adabnya.
- Membetulkan niat ke masjid, iaitulah untuk menunaikan solat fardhu.
- Terdapat hadis lain di dalam al-Sahihain yang ada menyebut kelebihan sebanyak 27 darjat bagi yang menunaikan solat berjemaah. Perbezaan kelebihan ini, berdasarkan huraian sebahagian ulama, merujuk kepada perbezaan keadaan orang yang sedang mendirikan solat, seperti kadar khusu’ dan memelihara sunat dan adab solat. Demikian juga merujuk kepada solat itu sendiri, seperti di mana ia di tunaikan dan seumpamanya.
- Kelebihan kekal berada di dalam masjid kerana menunggu menunaikan solat fardhu dengan mendapat selawat dari para malaikat.
- Kelebihan kekal di masjid dalam berwudhu bagi mendapat selawat dan doa dari para malaikat.
- Hadis ini memberi rangsangan kepada umat Islam agar segera menuju ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah, dan menjauhkan diri dari perbuatan meninggalkan jemaah. Atas sebab itu ditawarkan ganjaran kelebihan penghapusan dosa dan dinaikkan darjat di sisi Allah SWT menurut kadar langkah yang ditempuh untuk ke masjid menunaikan solat secara berjemaah.