HADIS PERTAMA:
(شهر رمضان أوله رحمه وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار)
Maksudanya: "Bulan Ramadhan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka."
Darjat hadis: Mungkar. Lihat Silsilah alAhadith alDhoiefah wa alMaudhuah oleh alAlbani 2/262.
HADIS KEDUA:
(صوموا تصحوا)
Maksudanya: "Berpuasalah kamu semua akan sihat."
Darjat hadis: Lemah. Lihat Silsilah alAhadith alDhoiefah wa alMaudhuah oleh alAlbani 1/420.
HADITH KETIGA
(من أفطر يوما من رمضان من غير عذر ولا مرض لم يقضه صوم الدهر وإن صامه)
Maksudanya: "Sesiapa yang tidak berpuasa sehari dari puasa Ramadhan tanpa sbrg uzur dan sbrg sakit, dia tidak akan dapat qadhanya sekalipun berpuasa selama setahu."
Darjat hadis: Lemah. Lihat Misayakah alMasabih Tahkik alAlbani 1/626. Dhoief Sunan alTirmizi oleh alAlbani, hadis bilangan 115.
HADIS KEEMPAT
(إن لله عند كل فطر عتقاء من النار)
Maksudanya: "sesungguhnya setiap kali waktu berbuka, bagi Allah terdapat bbrapa org yang dibebaskan dari neraka."
Darjat hadis: Dhoief. Lihat alFawaid alMajmu'ah Fi alAhadith alMaudhuah oleh alSayaaukani 1/257
HADIS KELIMA
(لو يعلم العباد مافي رمضان لتمنت أمتي أن يكون رمضان السنة كلها ، إن الجنة لتتزين لرمضان من رأس الحول إلى الحول ……) الخ
Maksudanya: "kalau manusia mengetahui apa yang ada di dalam ramadhan, sudah pasti mereka akan bercita2 setahun dipenuhi dengan bulan ramadhan seluruhnya. Ssugguhnya sayaurga akan dihiasi untuk ramadhan dari hujung tahun hingga tahun berikutnya...." hingga ke akhir hadis.
Darjat hadis: Lemah. Lihat alFawaid alMajmuah Fi alAhadith alMaudhuah oleh alSayaaukani 1/257.
HADIS KEENAM
(اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان)
Maksudanya: "Ya Allah berkatilah kami di dalam bulan rejab, dan sayaaaban. Sampaikanlah kami hingga ramadhan."
Darjat hadis: Dhoief. Lihat Dhoief alJami' oleh alAlbani.
HADIS KETUJUH
Kononnya Nabi berdoa ketika berbuka:
(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت)
Maksudanya: "Ya Allah kerana Mu daku berpuada, dan atas rezeki dari Mu daku berbuka."
Darjat hadis: Dhoief. Lihat Dhoief alJami' oleh alAlbani. Hadis bilangan 4349.
◇◇◇