Hadis Jami' al-Tirmizi (74)

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 326

 

وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - ( إِنَّ لِلشَّيْطَانَ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ ، وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً : فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانَ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ ، وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ ، وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ ، وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ ؛ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنَ اللَّهِ ، فَيَحْمَدُ اللَّهَ ، وَمَنْ وَجَدَ الْأُخْرَى ؛ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ) . ثُمَّ قَرَأَ ( الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ) . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ ، وَقَالَ : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mas'ud RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya untuk syaitan itu lammah pada anak  Adam.  Demikian juga untuk malaikat itu lammah pada anak Adam. Adapun lammah syaitan,  ia mencampakkan was-was kejahatan, menjadikan anak Adam itu mendustai kebenaran. Adapun lammah malaikat itu, ia mengilhamkan kebaikan, menjadikan anak Adam itu membenarkan kebenaran. Sesiapa yang mendapati perkara itu (ilham kebaikan dalam dirinya), maka hendaklah dia ketahui bahawa perkara itu dari Allah, hendaklah dia memuji Allah. Sesiapa yang medapati bisikan was-was kejahatan syaitan, hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah dari syaiitan yang direjam. Seterusnya baginda membaca firman Allah yang bermaksud: syaitan itu menjanjikan kefakiran kepada kamu semua dan menyuruh kamu melakukan perkara yang keji.  - kata al-Tirmizi: hadis ini gharib

KETERANGAN

Iblis dan sebahagian dari tenteranya memiliki lammah, iaitulah persinggahan dan kedekatan di hati manusia. Ia memaksudkan apa-apa yang melintas di hati manusia dari campur tangan syaitan, demikian juga malaikat. Lammah syaitan dinamakan was-was, manakala lammah malaikat dinamakan ilham.  

Cetak
Wallahu a'lam