Hadis al-Mu'jam al-Kabir Oleh al-Tabarani (1178)

 

حَدَّثَنَا أَبُو زَيْدٍ أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ بْنِ يَزِيدَ الْحَوْطِيُّ ، وَأَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ بْنِ نَجْدَةَ الْحَوْطِيُّ ، قَالَا : ثنا أَبُو الْمُغِيرَةِ عَبْدُ الْقُدُّوسِ بْنُ الْحَجَّاجِ ، ثنا حَرِيزُ بْنُ عُثْمَانَ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مَيْسَرَةَ ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ ، عَنْ بُسْرِ بْنِ جَحَّاشٍ الْقُرَشِيِّ ، 

Maksudnya: "Menceritakan kepada kami Abu Zaid, Ahmad bin 'Abd al-Rahim bin Yazid al-Hauthi, dan Ahmad bin 'Abd al-Wahhab bin Najdah al-Hauthi, kata mereka berdua: menceritakan kepada kami Abu al-Mughirah, 'Abd al-Quddus bin al-Hajjaj, katanya; menceritakan kepada kamu Hariz bin 'Uthman daripada 'Abd al-Rahman bin Maisarah daripada Jubair bin Nufair daripada Busr bin Jahhash al-Qurashi:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَصَقَ يَوْمًا عَلَى كَفِّهِ ، فَوَضَعَ عَلَيْهَا إِصْبَعَهُ ثُمَّ قَالَ : يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ : لَنْ تُعْجِزَنِي ، وَقَدْ خَلَقْتُكَ مِنْ مِثْلِ هَذِهِ حَتَّى إِذَا سَوَّيْتُكَ ، وَعَدَّلْتُكَ ، مَشَيْتَ بَيْنَ بُرْدَيْنِ ، وَلِلْأَرْضِ مِنْكَ ، وَئِيدٌ فَجَمَعْتَ وَصَنَعْتَ ، حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ ، التَّرَاقِيَ ، قُلْتَ : أَتَصَدَّقُ وَأَنَّى أَوَانُ الصَّدَقَةِ؟

"Bahawa pada suatu hari Nabi SAW pernah meludah di atas telapak tangan baginda, dan meletakkan jari telunjuk baginda memberi isyarat atas ludah tersebut seraya bersabda: "Wahai anak Adam, sesungguhnya Allah 'azza wa jalla berfirman: "Kamu sama sekali tidak akan melemahkan Daku. Sesungguhnya Daku telah menciptakan kamu dari air seumpama ini, sehinggalah apabila Daku menyempurnakan ciptaanmu, seimbangkan ciptaanmu, lalu kamu berjalan antara dua burdah, kamu menghentakkan kakimu di bumi, kamu menghimpunkan harta dan seumpamanya dan berbuat begini dan begitu, sehingga apabila sampai ruh di kerongkong, baru kamu berkata: "Aku akan mengeluarkan sedekah." Apakah sedekah yang boleh kamu lakukan pada saat itu?" (Hadis ini dinilai oleh al-Albani sebagai Isnadnya hasan di dalam al-Silsilah al-Sahihah 3/90, dan hasan di dalam Sahih Ibn Majah


Cetak  
Wallahu a'lam