SDI 1452: Darjat Hadis Tengak Kaabah Adalah Ibadah

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 274

Thursday, April 11, 2013

Soalan:

salam.. nak tanya pasal status hadis ni;

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).

Sahih ke tak hadis ni? time kasih 

 

Jawapan:

Teks hadis yang ditanya adalah seperti berikut:

النظر في ثلاثة أشياء عبادة : النظر في وجه الأبوين ، وفي المصحف ، وفي البحر

Dalam riwayat lain:

النظر إلى الكعبة عبادة ، والنظر إلى وجه الوالدين عبادة ، والنظر في كتاب الله عبادة

Penisbahan hadis ini kepada Abu Daud pemilik kitab Sunan adalah tidak benar. Sebaliknya hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Daud dalam kitab al-Masahif dan kedua-dua riwayat ini adalah hadis DHOIEF (Lemah) seperti yang dinyatakan oleh Ibn 'Adiy, al-Zahabi dan al-Albani dalam al-Dho'ifah.

Namun sekiranya melihat Kaabah dan setiap makhluk Allah yang lainnya dengan disertai memikir dan merasai kebesaran Allah SWT, maka ia merupakan satu ibadah. 

Cetak
Wallahu a'lam