Soalan:
🔴 Assalamu'alaikum ustaz, hadith ni sahih ka.
Jawapan:
Hadis dengan lafaz yang ditanya adalah lemah, iaitulah:
من صلى في مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة، كتبت له براءة من النار ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق
Maksudnya: "Siapa yang menunaikan 40 solat di masjidku (masjid Nabawi), dia tidak terlepas walau satu solat (berterusan 40 waktu solat fardhu), dicatit dua kebebasan untuknya. Bebas dari neraka, terleps dari azab dan bebas dari sifat kemunafikan."
al-Albani menilai hadis ini sebagai lemah dalam al-Silsilah al-Dhaifah . Beliau mengatakan sanad hadis ini lemah. Seorang periwayat hadis ini bernama Nubaith نُبَيط tidak dikenali, melainkan melalui hadis ini.
Namun maksud yang terkandung dalam hadis ini benar. Ia termasuk dalam keumuman hadis Anas bin Malik RA yang berkata, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ
Maksudnya: "Siapa menunaikan solat kerana Allah 40 hari secara berjemaah, memperolehi takbiratul Ihram, dicatit untuknya dua pembebasan. Bebas dari neraka dan bebas dari sifat kemunafikan." (Hadis hasan riwayat al-Tirmizi)