Soalan:
Dalam hadis mengenai keutamaan bersegera ke solat Jumaat bahawa siapa yang datang pada waktu pertama mendapat pahala seolah-olah berkorban seekor unta, pada waktu kedua begini, dan seterusnya. Mohon penjelasan: bila bermula waktu pertama itu?
Jawapan:
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْأُولَى فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا صَعَدَ الإِمَامُ الْمِنْبَرَ حَضَرَتْ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُوْن
“Barangsiapa pergi (ke masjid untuk Jumaat) pada waktu pertama, seolah-olah dia berkorban seekor unta. Barangsiapa pergi pada waktu kedua, seolah-olah dia berkorban seekor lembu. Barangsiapa pergi pada waktu ketiga, seolah-olah dia berkorban seekor kambing bertanduk. Barangsiapa pergi pada waktu keempat, seolah-olah dia berkorban seekor ayam. Barangsiapa pergi pada waktu kelima, seolah-olah dia berkorban sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, para malaikat pun hadir untuk mendengar zikir (khutbah).” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (841) dan Muslim (850).
Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan waktu-waktu yang dimaksudkan dalam hadis ini, terdapat tiga pendapat:
- Ia bermula dari terbit fajar.
- Ia bermula dari terbit matahari — ini adalah mazhab al-Syafi‘i, Ahmad dan selain mereka.
- Ia adalah waktu yang satu dalam masa yang singkat selepas tergelincir matahari (zawal). Di mana waktu-waktu tersebut bermula ketika waktu zawal tersebut. ini adalah mazhab Malik, dan dipilih oleh sebahagian ulama Syafi‘iyyah.
Namun pendapat ketiga ini adalah lemah dan telah ditolak oleh ramai ulama, antara mereka;
Al-Nawawi رحمه الله berkata:
ومعلوم أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يخرج إلى الجمعة متصلاً بالزوال، وكذلك جميع الأئمة في جميع الأمصار، وذلك بعد انقضاء الساعة السادسة فدل على أنه لا شيء من الهدي والفضيلة لمن جاء بعد الزوال، ولا يكتب له شيء أصلاً؛ لأنه جاء بعد طي الصحف؛ ولأن ذكر الساعات إنما كان للحث على التبكير إليها والترغيب في فضيلة السبق وتحصيل فضيلة الصف الأول وانتظارها والاشتغال بالتنفل والذِّكر ونحوه، وهذا كله لا يحصل بالذهاب بعد الزوال شيء منه، ولا فضيلة للمجيء بعد الزوال؛ لأن النداء يكون حينئذ ويحرم التأخير عنه
“Telah maklum bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم keluar untuk solat Jumaat beriringan dengan waktu zawal (tergelincir matahari), begitu juga seluruh para imam di semua negeri umat Islam. Perkara itu berlaku setelah berlalunya waktu keenam. Maka jelaslah bahawa tidak ada bahagian daripada pahala dan keutamaan bagi sesiapa yang datang selepas zawal, dan tidak ditulis baginya apa-apa langsung; kerana dia datang setelah ditutup lembaran (catitan amal oleh malaikat). Ini kerana penyebutan waktu-waktu itu adalah sebagai galakan untuk bersegera ke Jumaat, mendorong kepada keutamaan mendahului orang lain, memperoleh kelebihan saf pertama, menunggu (solat), serta sibuk dengan solat sunat dan zikir (apabila sampai di masjid). Semua ini tidak berlaku dengan pergi selepas zawal sama sekali. Tidak ada keutamaan bagi orang yang datang selepas zawal; kerana ketika itu azan telah dikumandangkan dan haram untuk melewatkannya.” (al-Majmu’ (4/414).
Ibn Qudamah رحمه الله berkata:
وأما قول مالك فمخالف للآثار؛ لأن الجمعة يُستحب فعلها عند الزوال، وكان النبي صلى الله عليه وسلم يبكر بها، ومتى خرج الإمام طويت الصحف، فلم يُكتب من أتى الجمعة بعد ذلك، فأي فضيلة لهذا
“Adapun pendapat Malik maka ia bercanggah dengan athar; kerana solat Jumaat disunatkan dilakukan ketika zawal (seperti pandangan mazhab Hambali), dan Nabi صلى الله عليه وسلم mendahulukannya (tidak melewatkan Jumaat). Apabila imam keluar untuk memulakan khutbah maka lembaran (amal) dilipat, maka tidak ditulis lagi (pahala datang awal) bagi orang yang datang ke Jumaat selepas itu. Maka apa lagi keutamaannya yang ada?!” (al-Mughni (2/73).
Perkara ini menunjukkan, pandangan yang benar ialah yang kedua, iaitu waktu bermula anjuran bersegera ke masjid adalah dari terbit matahari. Maka dibahagikan waktu antara terbit matahari hingga azan Jumaat kepada lima bahagian. Setiap bahagian itulah yang dimaksudkan dengan “waktu-waktu” dalam hadis.
Pernah ditanya kepada Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaymin رحمه الله: Bilakah bermulanya jam pertama pada hari Jumaat?
Beliau menjawab:
الساعات التي ذكرها الرسول صلى الله عليه وسلم خمس : فقال : ( من راح في الساعة الأولى فكأنما قرب بدنة ، ومن راح في الساعة الثانية فكأنما قرب بقرة ، ومن راح في الساعة الثالثة فكأنما قرب كبشاً ، ومن راح في الساعة الرابعة فكأنما قرب دجاجة ، ومن راح في الساعة الخامسة فكأنما قرب بيضة ) ، فقسَّم الزمن من طلوع الشمس إلى مجيء الإمام خمسة أقسام ، فقد يكون كل قسم بمقدار الساعة المعروفة ، وقد تكون الساعة أقل أو أكثر ؛ لأن الوقت يتغير ، فالساعات خمس ما بين طلوع الشمس ومجيء الإمام للصلاة ، وتبتدئ من طلوع الشمس ، وقيل : من طلوع الفجر ، والأول أرجح ؛ لأن ما قبل طلوع الشمس وقت لصلاة الفجر
“Waktu-waktu yang disebut oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada lima. Baginda bersabda: “Barangsiapa pergi pada waktu pertama, seolah-olah dia berkorban seekor unta. Barangsiapa pergi pada waktu kedua, seolah-olah dia berkorban seekor lembu. Barangsiapa pergi pada waktu ketiga, seolah-olah dia berkorban seekor kambing. Barangsiapa pergi pada waktu keempat, seolah-olah dia berkorban seekor ayam. Barangsiapa pergi pada waktu kelima, seolah-olah dia berkorban sebiji telur.” Maka baginda membahagikan masa dari terbit matahari hingga kedatangan imam kepada lima bahagian. Kadang-kala setiap bahagian itu menyamai sejam yang kita kenali, atau mungkin lebih pendek atau lebih panjang; kerana waktu itu berubah. Jadi waktu-waktu itu lima, bermula dari terbit matahari hingga kedatangan imam untuk solat. Ia bermula dari terbit matahari. Ada juga yang berpendapat ia bermula dari terbit fajar. Namun pendapat pertama lebih kuat; kerana sebelum terbit matahari adalah waktu untuk solat Subuh.” (Majmu‘ Fatawa Syeikh Ibn ‘Uthaymin (16/soalan no. 1260).
