SDI 0156: Puasa Khusus Hari Tarwiah Adalah Hadis Palsu

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 766

Assalamualaikum ustaz.

Saya nak bertanya lebih lanjut mengenai soalan di wall ustaz :

Rujuk SDI 151: Adakah Puasa Hari Tarwiah?

Soalan Saya:

Soalan 1 : Saya ada terbaca bahawa berpuasa pada 8 zulhijah menghapus doa 1 tahun dan lusanya hari arafah menghapus dosa 2 tahun. Adakan kebenaran disitu ustaz?

Soalan 2 : Adakah boleh berpuasa salah satu dari hari tersebut atau mesti berpuasa kedua2 hari tersebut?

Jawapan:

1) Tiada puasa khusus dengan kelebihan hapus dosa setahun untuk hari Tarwiah atau 8 Zulhijjah. Hadis yang ada tentangnya adalah hadis palsu seperti yang dihukum oleh Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhuaat.

2) Namun hadis puasa khusus hari 'Arafah dengan kelebihan hapus dosa 2 tahun (setahun yang lalu dan setahun akan datang) adalah hadis Sahih.

Cetak
Wallahu a'lam