Asalamualaikum ust...
Ada x hadith shahih yg mengatakan usia dunia ini tidak melebih 1500 tahun.
Tkasih.
Jawapan:
TIADA hadis sedemikian.
Cuma ia sekadar pandangan yang pernah dilontarkan oleh al-Imam al-Suyuthi di dalam kitabnya al-Hawi Li al-Fatawi tentang umur dunia. Beliau mendakwa usia dunia ialah selama 7000 tahun. Manakala Nabi SAW diutuskan pada penghujung 6000 tahun, iaitulah setelah dunia ini melepasi usia 5500 tahun. Oleh itu beliau mendakwa usia umat Nabi SAW ialah sekitar 1000 dan tidak lebih 1500 tahun.
Jelas, pandangan ini menyalahi al-Quran ketika Allah SWT berfirman:
"Manusia bertanya kepadamu tentang Kiamat, katakan ssungguhnya pengetahuan tentangnya hanya ada di sisi Allah, Dan tahukah kamu boleh jadi sahaja Kiamat itu sudah dekat." (Al-Ahzab: 63)
Justeru, tak perlu diambil pandangan yang tersasar seperti ini dari siapapun yang melontarkannya. Semoga Allah merahmati al-Imam al-Suyuthi dan kita juga. Telah banyak sumbangan dan jasanya kepada umat Islam. Kita ambil apa-apa yang baik dari beliau dan kita mendoakan rahmat dan keampunan untuknya apa-apa yang selain dari itu.