SDI 1002: Betulker Nabi Musa AS Bercita2 Nak Jadi Umat Nabi SAW?

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 909

Soalan:

Saya ada dgr bbrapa penceramah sebut nabi Musa sendiri bercita2 nak jadi umat Nabi Muhammad betul ker ustaz?

Jawapan:

Setakat semakan saya, hadis2 yg menyebut nabi Musa AS bercita2 hendak menjadi umat Nabi Muhammad SAW adalah TIDAK SAHIH, bahkan ada yg PALSU.

Imam Ibn Kathir dlm tafsirnya juga mengkritik kisah ini yg kononnya nabi Musa pernah berkata:

"Wahai tuhan, daku dapati di Alwah (lembaran2 taurat), (tercatit) ttg satu umat yg merupakan sebaik2 umat yg dibangkitkan kpd manusia. Mereka itu menyeru kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wahai tuhan jadikan mereka itu sbg umatku." Lalu Allah berfirman: "mereka itu adalah umat Muhammad..."

Kata Ibn Kathir: "lalu dinyatakan nabi Musa melempar lembaran2 kitab yg diturunkan kpdnya sambil berkata: "Ya Allah jadikan aku seorg dr kalangan umat Muhammad..."

Seterusnya Ibn Kathir berkata:

"Zahir susunan ayat (alA'raf: 150) baginda (nabi Musa AS) melempar lembaran2 Taurat krn marahkan kaum baginda. Inilah pandangan majoriti ulama salaf dan khalaf. Ibn Jarir meriwayatkan drpd Qatadah ttg perkara ini (nabi Musah bercita2 nak jadi umat nabi Muhammad SAW) satu perkataan yg pelik. Tidak sahih isnadnya kpd hikayat Qatadah. Ibn 'Atiyyah dan ulama lain telah menolaknya dan ia amat wajar ditolak, ia seolah2 Qatadah mengambilnya dr sbhgian ahli kitab yg dlm kalangan mereka itu terdapat para penipu, pendusta, pereka dan zindiq." (Tafsir Ibn Katjir 3/477)

Cetak
Wallahu a'lam