Macam-macam Dakwaan Keluar di Musim Corona

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 737

Sekarang, macam-macam telahan dibuat oleh orang-orang yg sebegini (Klik untuk dengar). Kalau kena telahan mereka, maka orang jahil akan jaja dan viralkan, ia sama seperti keratan-keratan video geng habib yang kononnya mereka dah bagitahu ada wabak akan berlaku tahun ini 2020. Kali ni hadis lain pula yag dicuba, kalau-kalau telahan ini kena. Hadis yang dimaksudkan:

إذا طلع النجم ذا صباح رفعت العاهة 

Maksudnya: "Apabila terbit bintang (Surayya) pada satu pagi, akan terangkatlah penyakit."

Hadis ini tidak memberi tumpuan khusus kepada wabak corona sama sekali.  Ada perbezaan ulama tentang menilai hadis ini. Namun kalimah العاهة yang ada di dalam hadis bermaksud penyakit, ia umum, merangkumi penyakit pada manusia, tumbuhan dan buah-buahan juga.

Ada ulama yg memasukkan hadis ini di bawah bab jual-beli buah2an. Bahkan ada di kalangan mereka yg mengatakan hadis ini yang membicarakan berkaitan terangkatnya penyakit apabila terbit bintang Suraya dalam bulan أيار atau Mei adalah merujuk kpd negara Arab Hijaz sahaja, kerana ketika itulah musim panas bagi iklim Hijaz. Bulan أيار dlm kalender masihi merujuk kpd bulan Mei adalah musim menuai dan musim buah2an masak ranum bagi Arab Hijaz.

Justeru, nabi tak bagi jual buah sebelum drpd itu kerana berkemungkinan buah kena penyakit. Akan tetapi apabila buah telah masak pd bulan Mei atau Ayyar maka jelas buah yg elok berbanding yg busuk. Pada ketika itulah terbitnya bintang Surayya. Bintang Surayya itu pula terbit berbeza2 bulan menurut negara2 yg berbeza. Yang penting buah dijual setelah diketahui elok dan baik.

Cetak
Wallahu a'lam