Soalan:
dari Musnad imam Ahmad (108/26):
berkata Abu Razain,"Ya Rasulullah,dimanakah Allah sebelum dicipta langit dan bumi?". Jawab Rasulullah,"dahulu,Allah S.W.T. berada di atas awan tebal. DibawahNya kosong dan di atasNya kosong. Kemudian Dia mencipta 'ArasyNya di atas air."
Assalamualaikum ust..sahih ke hadith ni?
Jawapan:
Hadis tersebut:
كَانَ فِي عَمَاءٍ مَا تَحْتَهُ هَوَاءٌ وَمَا فَوْقَهُ هَوَاءٌ ، ثُمَّ خَلَقَ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ
Riwayat alTirmizi, Ibn Majah dan Ahmad.
Ulama tidak sepakat dlm menilai hadis ini antara Sahih, Hasan dan Dhoief.
Dinilai Sahih oleh alTabari. Hasan oleh alTirmizi, alZahabi dan Ibn Taimiyyah. Dhoief/lemah oleh alAlbani dlm Dhoief alTirmizi.
Terjemahan "berada di atas awan tebal" adalah pilihan penterjemah kpd perkataan عماء yg ada di dlm teks hadis. Sebahagian ulama lain berpandangan kalimah 'Amaa' عماء bermaksud "tiada sesuatu bersamaNya"
Soalan:
Ustaz..
Saya nak tanya tentang langit dan bumi. Dalam al-Quran selalunya disebut "langit dan bumi". Tak pernah rasanya disebut kalimah "bumi dan langit".
Kenapa begitu ustaz ?
Adakah kerana penciptaan langit lebih dahulu dari bumi.
Jawapan:
alQuran ada menyebut bumi terlebih dahulu sebelum langit. Antaranya dlm surah Taha 4, Yunus 61 dll.
Dr sudut mana yg lebih awal diciptakan, ramai dr kalangan ulama yg mengatakan bumi diciptakan terlebih dahulu sblm langit. Antara Ibn Kathir, Ibn 'Asyur dll. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan sebut hikmah dlm perkara ini dikesempatan lain. WA
Soalan:
Salam ustaz Bin Sahak tak silap saya syeikh alAlbani letak hadis ini dalam alSahihah beliau.
Jawapan:
Setakat semakan saya alAlbani kata Dhoief. Demikianlah juga perkataan beliau dlm ta'liqnya kpd kitab alTankil, dll.