Athar (peninggalan) Nabi SAW (3)

Kata al-Mawardi di dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah:

"Dahulunya baju besi baginda yang dikenali sebagai al-Batraa' (البتراء), dihikayatkan ia bersama dengan al-Husain bin 'Ali RA pada hari beliau dibunuh. Setelah itu diambil oleh 'Ubaidullah bin Ziyad. Ketikamana al-Mukhtar membunuh 'Ubaidallah bin Ziyad, baju besi baginda itu berpindah pada tangan 'Abbad bin al-Husoin al-Hanzoliy. Setelah itu Khalid bin 'Abdillah bin Usaid yang merupakan pemimpin Basrah ketika itu, telah bertanya (meminta) kepada 'Abbad baju besi tersebut. Namun 'Abbad membantah untuk diserahkan kepadanya, sehingga menyebabkan Khalid memukul 'Abbad dengan 100 sebatan. Lalu 'Abdul Malik bin Marwan menulis surat kepada Khalid berkata:

"Orang seperti 'Abbad tidak di dipukul dengan sebatan, sebaliknya hanya layak di bunuh atau dimaafkan sahaja." (Kata alMawardi:) "Setelah itu tidak diketahui lagi apa-apa berita tentang baju besi tersebut."

(al-Ahkam al-Sultaniyyah - al-Bab al-Rabi' 'Asyr Fima Tukhtalaf Ahkamuh Min al-Bilad - Fasl Fi Ta'rif al-Hijaz Wa Ahkamih al-Khassah)


Cetak  
Wallahu a'lam