Soalan:
Assalamualaikum ustaz...maaf mggu
mohon penjelasan berkaitan dengan duit tabung masjid iaitu duit tabung kebajikan
adakah kegunaannya hanya untuk masjid sahaja atau boleh digunakan untuk maslahah lain sperti bantuan, mohon penjelasan al fadhil ustaz ??
Jawapan:
Wsalam.
Asal kutipan masjid adalah untuk kepentingan jemaah yang hadir menunaikan solat di masjid, pengimarahan masjid dan penyeleggaraannya.
Namun jika berlaku limpahan sumbangan, pihak pentadbiran masjid berhak menggunakannya kepada aktiviti-aktiviti yang pada ghalibnya dipersetujui oleh para penyumbang seperti untuk kebajikan masyarakat setempat dan seumpamanya.