Tiada Jemaah Yang Datang ke Masjid, Nak Buat Apa?

Isu dan Pemikiran Semasa Jumlah paparan: 1039

 

Soalan dari Rosman Bedu yang bertanya: “Saya Bermukim di satu tempat pada waktu zohor dan asar selalu tiada jemaah lain yang datang ke Masjid, yakni bersendirian. Apa yang perlu saya lakukan laungkan azan dan solat di masjid itu atau pergi ke masjid lain?

Jawapan:

Yang perlu dilakukan adalah laungkan azan, bunyikan laungan azan itu di speaker luar supaya semua orang tahu ada orang menunaikan solat fardhu di surau ataupun masjid yang dimaksudkan, supaya mereka juga datang menunaikan solat di surau dan masjid tersebut. Jangan pergi ke tempat lain. Laungkan azan di masjid itu dan tunaikan solat sunat Ba’diah. Jika tiada orang, kita solat bersendirian. Sekurang-kurangnya kita telah melakukan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim yang berada di qariah tersebut.  Jangan jemu berterusan melaungkan azan. Mungkin pertama kali orang tak datang, pasti kali kedua, azan-azan yang berikutnya, semakin lama akan ada orang yang datang menunaikan solat bersama dengan saudara dan InsyaAllah jika saudara berjaya melakukan hal sedemikian, setiap orang yang datang menunaikan solat berjemaah, saudara dapat pahala orang yang memulakan kebaikan:

من دل على خير كفاعله

Maksudnya: “Sesiapa yang memberi contoh melakukan sesuatu kebaikan ,maka dia dapat pahala orang yang melakukan kebaikan.”

Maknanya kalau saudara yang memulakan wujud solat berjemaah di masjid di tempat saudara, orang lain yang datang kemudian, maka saudara dapat pahala yang saudara lakukan, saudara juga dapat pahala atas setiap individu yang datang menunaikan solat jemaah kerana seruan saudara, kerana sesuatu yang dimulakan oleh saudara. أبشر terima lah khabar gembira ini.

Cetak
Wallahu a'lam