Rumah Hantu Satu Penilaian

Isu dan Pemikiran Semasa Jumlah paparan: 375

Motif Utama Ialah “Menakutkan” Dan “Seram”

  1. USIM; 14 Nov 18: “Saya tidak menyangka watak hantu yang dilakonkan oleh kami berkesan sehingga ada pengunjung yang masuk ke rumah hantu ini pengsan kerana lemah semangat,” kata Najmie Zulkifli, antara salah seorang yang memegang watak zombie.

mereka menerima pelbagai gelagat pengunjung yang mencuit hati kerana terkejut sehingga menendang muka dan mengejek hantu-hantu tersebut.

sumber: http://fkp.usim.edu.my/rumah-hantu-uji-ketahanan-mental/

  1. “Sanggupkah anda merasai pengalaman di rumah hantu paling menakutkan di dunia?” 
  2. “Tidak hairanlah jika orang yang paling gagah sekalipun-termasuk anggota tentera marin-ada yang menangis ketakutan 'dikerjakan' hantu-hantu di McKamey Manor, California”
  3. “Individu penakut pun tetap akan masuk untuk merasai  pengalaman seram.”
  4. ramai orang telah berkunjung ke rumah hantu, ‘Misteri Trak Kuning’ tersebut untuk merasai sendiri pengalaman seram yang menjadi bualan.

Mengganggu Ketenteraman Awam 

Teregganu 22 Sept 22: RUMAH HANTU PANDU LALU ‘HYPE’ DI TIKTOK, PENDUDUK TERGANGGU JERITAN PENGUNJUNG PUNCA IA DITUTUP.

https://www.thevocket.com/rumah-hantu-pandu-lalu-hype-di-tiktok-penduduk-terganggu-jeritan-pengunjung-punca-ia-ditutup/ (video)

 

Menyuburkan Rasa Takut Dan Menyukarkan Proses Pemantauan

  1. Melaka 16 Ogos 22: Rumah Hantu Drive-Thru Kini Di Melaka, Warganer Kongsi Pengalaman Seram

“Rumah hantu sangat menyeramkan kerana gelap.”  https://www.remaja.my/rumah-hantu-drive-thru-kini-di-melaka-warganet-kongsi-pengalaman-seram/ (video)

 ii. “Sebelum memulakan perjalanan menikmati pengalaman rumah hantu, pengunjung perlu membuka bonet dan tingkap, serta akan diberi sedikit taklimat daripada petugas tentang pantang larang yang perlu diikuti.”

 

Berlaku Tindakan-Tindakan Kasar Dan Membahayakan 

  1. Indonesia; 25 Jun 22: Pengunjung rumah hantu terkejut, pukul kepala pekerja 

 sumber: https://mykmu.net/2022/06/25/pengunjung-rumah-hantu-terkejut-pukul-kepala-pekerja-video/  (video)

  1. Terdapat pengunjung yang pengsan di Rumah Hantu anjuran USIM.

 

Rumah Hantu Membunuh

  1. Mati Selepas Jelajah Rumah hantu

 https://peraktoday.com.my/2017/09/mati-selepas-jelajah-rumah-hantu/

  1. Remaja Maut Terkejut Disergah Hantu

https://www.kosmo.com.my/2021/12/05/remaja-maut-terkejut-disergah-hantu/

https://wacana.my/video-percutian-bertukar-duka-remaja-maut-terkejut-disergah-hantu/ (video)

 

MATLAMAT DAN TUJUAN PENGANJURAN RUMAH HANTU

  1. Hiburan dan keuntungan
  2. Penganjur bermatlamat seram, mendebarkan dan menakutkan
  3. Pengunjung hendak merasai ketakutan

 

GARIS PANDUAN HIBURAN PERLIS

Garis Panduan Hiburan Negeri Perlis telah menyenaraikan beberapa syarat atau panduan bagi memastikan sesuatu hiburan itu kekal dihukumkan harus. Di bawah ini syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh penganjur Rumah Hantu:

  1. Tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam.

Penganjuran Rumah Hanti dilihat tidak memenuhi syarat dan panduan ini dari sudut bermatlamatkan takut dan seram, sehingga boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan.

Ia bertentangan secara jelas dari sudut Syariat, dengan menjadikan tegahan Syara’ dari mendatangkan rasa terkejut (الترويع) sebagai bahan untuk berhibur.

  1. Hendaklah tidak mendorong kepada sifat dan kelakuan melampau yang merendahkan akhlak mulia insani.

Penganjuran Rumah Hantu mendorong kepada sifat dan kelakuan melampau apabila menjadikan tujuannya adalah untuk menakutkan dan menyeramkan. Sudah tentu seseorang yang berada dalam situasi yang takut dan seram terdedah melakukan tindakan yang melampau.

Selain itu, menjadikan perbuatan tarwi’ sebagai bahan gurauan adalah tindakan merendahkan kemuliaan insan yang diperuntukkan dalam syara’. Seseorang yang terkejut pada kebiasaannya akan melakukan tindakan yang tidak wajar, lalu tindakannya itu menjadi bahan ketawa dan hiburan oleh orang lain.

  1. Hendaklah tidak mempunyai perkara yang membodohkan minda seperti jenaka melampau

Beberapa fenomena yang berlaku dalam penganjuran Rumah Hantu membuktikan ia termasuk dalam hiburan yang melampau. Dalam masa yang sama ia juga membodohkan minda dari sudut menjadikan sesuatu yang tidak wajar ditakuti untuk ditakuti. 

  1. Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada persentuhan antara lelaki dan wanita ”ajnabi”

Suasana gelap yang menjadi satu kemestian dalam penganjuran Rumah Hantu memustahilkan tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa sekatan. Dalam suasana takut dan seram, sudah tentu menjadikan seseorang akan bertindak luar dari kebiasaan. 

  1. Hendaklah persembahan yang dilakukan itu menghormati syiar Islam seperi azan dan sensitiviti penduduk setempat.

Rumah Hantu pandu lalu ‘hype’ di tiktok, yang ditutup disebabkan aduan penduduk yang terganggu dengan jeritan pengunjung seperti yang dilaporkan berlaku di Terengganu adalah bukti ia mengganggu sensitiviti penduduk setempat.

  1. Tidak mendatangkan mudharat kepada pihak lain. Demikian juga tidak boleh bergurau dalam bentuk mendatangkan ketakutan kepada pihak lain. Tegahan ini dapat dibuktikan dengan larangan Nabi SAW melakukan tarwi’. Daripada ‘Abdul Rahman bin Abi Laila, Nabi SAW bersabda:

حدثنا أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنهم كانوا يسيرون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في مسير فنام رجل منهم فانطلق بعضهم إلى نَبْلٍ معه، فأخذها، فلما استيقظ الرجل فزع فضحك القوم فقال: ما يضحككم؟ فقالوا: لا إلا أنَّا أخذنا نبل هذا ففزع، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يحل لمسلم أن يروع مسلمًا

Maksudnya:  “Telah menceritakan kepada kami para sahabat Rasulullah SAW bahawa mereka pernah bermusafir bersama dengan baginda. Ketika seorang lelaki tidur, sebahagian mereka pergi mengambil tali yang ada bersama dengannya. Apabila lelaki itu terjaga dari tidur, dia terkejut (kerana kehilangan tali tersebut), lalu orang amai ketawa melihatnya. Sabda Nabi SAW: “Apa yang menyebabkan mereka semua tertawa?” para sahabat menjawab: “Tiada apa wahai Rasulullah, Cuma kami mengambil tali miliknya sehingga dia terkejut kebimbangan.” Sabda Rasulullah SAW: “tidak dihalalkan kepada seorang muslim perbuatan menakutkan seorang muslim yang lain.” (Abu Daud dan Ahmad. Kata al-Syaukani di dalam Nail al-Awthar: “Isnadnya tidak mengapa.” Dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud)

            Demikian juga berdasarkan hadis:

مَنْ أَخَافَ مُؤْمِنًا بِغَيْرِ حَقٍّ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ لَا يُؤَمِّنَهُ مِنْ أَفْزَاعِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang menakutkan seorang yang beriman tanpa alasan yang benar. Maka dia berhak dikenakan hukuman dari Allah dengan tidak memberikan keamanan kepadanya dari ketakutan-ketakutan pada hari kiamat.” (al-Mu’jam al-Awsath 3/24 oleh al-Tabarani. Kata beliau: “tidak meriwayatkan hadis ini daripada Salamah melainkan Muhammad.”  Kata al-Haithami RH di dalam Majma’ al-Zawa’id 6/254: “Diriwayatkan oleh alTabarani di dalam al-Awsath dan di dalamnya ada Muhammad bin Hafs al-Wisabi dan dia seorang dhoief”)

Dalam riwayat lain dinyatakan:

مَنْ نَظَرَ إِلَى مُسْلِمٍ نَظْرَةً يُخِيفُهُ فِيهَا بِغَيْرِ حَقٍّ، أَخَافَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “sesiapa yang memandang kepada seoram muslim dengan pandangan yang menakutkannya tanpa alasan yang benar. Allah akan menakutkannya pada hari kiamat.” (Majma’ al-Zawa’id 6/253. Selepas menyertakan hadis ini al-Haithami berkata: “Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada syeikhnya Ahmad bin Abd al-Rahman bin ‘Iqal, ia dinilai lemah oleh Abu ‘Arubah)

 

KESIMPULAN

Terdapat banyak unsur negatif dari penganjuran Rumah Hantu, antaranya ialah:

  1. Bertujuan menakutkan masyarakat dalam bentuk hiburan.

Hal ini menyalahi maksud asal dari perasaan takut yang dikurniakan oleh Allah SWT. Di mana rasa takut yang ada di dalam diri manusia adalah bertujuan mendatangkan kebaikan. Dengan rasa takut, manusia akan mengambil sikap berhati-hati dan menjauhi keburukan.

Takut bukanlah satu sifat yang perlu disemai. Salah dalam menanggapi sifat takut yang merupakan satu fitrah ini adalah satu tindakan sia-sia dan jika tidak dikawal, ia akan melahirkan golongan masyarakat yang lemah akal dan tidak bertenaga.  

  1. Mempromosikan kepercayaan khurafat.

Dikaitkan hantu dengan kubur dan jenazah, darah dan seumpamanya.

  1. Khurafat Takutkan Jenazah Dan Orang Mati

Sepatutnya, jenazah dan orang mati mengingatkan umat Islam kepada akhirat, di mana semua manusia akan akan kembali kepada Allah dan dikafankan dengan penuh kesederhanaan, lagi bersih dan putih, jauh keangkuhan dan kesombongan. Gambaran ini rosak dan hilang sama sekali dengan penganjuran Rumah Hantu.

Rata-rata penganjuran Rumah Hantu pasti terdapat replika atau lakonan watak jenazah atau orang mati bagi menakutkan pengunjung. Hal ini menyuburkan rasa takut kepada suatu yang tidak patut dan khurafat. Fenomena ini jika tidak dikawal akan mengembalikan kepercayaan khurafat kononnya ruh si mati akan berubah menjadi hantu seperti kepercayaan golongan jahiliyyah dahulu yang hampir berjaya dibanteras oleh para pendakwah.

  1. Khurafat Takut Kubur

Kubur antara perkara yang dieksploitasi dalam Rumah Hantu. Hal ini bertentang dengan tujuan adanya anjuran menziarahi kubur untuk mengingati kematian yang seterusnya menjadikan seseorang memikirkan baik buruknya di negeri akhirat. Kubur yang dikaitkan dengan hantu adalah kepercayaan karut yang tidak memiliki sebarang alasan yang boleh diterima pada akal dan agama.

  1. Khurafat Takut Kepada Darah

Penganjur Rumah Hantu juga mengambil kesempatan atas rasa phobia darah yang ada dalam masyarakat untuk dikaitkan dengan hantu. Hal ini jika tidak dibendung berperanan menjadi antara anasir luar melahirkan masyarakat yang takut kepada sesuatu yang tidak wajar ditakuti.

Akhlak, emosi dan perasaan mempunyai sisi yang boleh dibentuk atau diusahakan (المكتسب) Kerana itu Nabi SAW bersabda: إنما العلم بالتعلم، والحلم بالتحلم Maksudnya: "Hanya sesungguhnya ilmu itu (diperolehi) dengan dipelajari dan sopan itu (diperolehi) dengan menghiasi diri berakhlak sopan." (Sahih al-Jami’ 2328) dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda: لا تغضب maksudnya: "Jangan kamu marah" kepada seorang pemarah, agar berusaha dan berlatih membiasakan diri jangan marah.

Takut kepada perkara yang salah, jika dihidang secara berterusan dalam masyarakat dan tidak dihalang, lama-kelamaan akan menjadi satu kebiasaan, seterusnya akan diterima sebagai keyakinan oleh masyarakat.   

  1. Mempromosi Budaya Yang Bertentang Dengan Akhlak Islam

Budaya terjerit-pekik, terkinja-kinja, berpeluk-pelukan dengan alasan terkejut dan takut bukanlah budaya seorang Melayu Muslim. Budaya sopan yang sinonim dengan masyarakat Melayu, merupakan budaya yang perlu dipertahankan, kerana ia bertepatan dengan kehendak Islam.

Cetak
Wallahu a'lam