Thursday, August 28, 2008
Soalan:
Saya pelajar yang tinggal di Amerika, apakah dihalalkan bagi saya makan di kafeteria orang china atau Hindu di Amerika? Memandangkan mereka bukan Ahli Kitab, akan tetapi daging-daging ini diambil dari negara Amerika yang Kristian. Dan bagaimana pula kalau jiran saya yang cina atau hindu memberi saya makanan?
Jawapan:
Oleh: Dr. al-Syarif Hamzah bin Husain al-Fa’r (Uni. Ummu al-Qura)
Jika kafeteria menyediakan daging yang disembelih oleh Ahli Kitab di tempat yang kamu tinggal di sana, dan sangkaan banyak kamu menyatakan daging itu disembelih oleh Ahli Kitab, maka bacalah bismillah dan makanlah. Jika disediakan daging yang disembelih oleh orang yang beragama Hindu atau Cina yang menyembah berhala, maka kamu tidak boleh memakannya. Ini kerana yang halal itu ialah daging yang disembelih oleh seorang muslim atau yang disembelih oleh Ahli Kitab yang tidak disebut nama selain Allah. Sembelihan-sembelihan penyembah berhala dan orang kafir lainnya tidak boleh dimakan berdasarkan hukum syara’.
Jika disediakan ikan dan seumpamanya, maka tidak mengapa engkau memakannya kerana jenis ini tidak memerlukan disembelih. Inilah juga hukum pemberian dari jiran kamu sama ada cina atau hindu.