SDI 1467: Jamuan Atau Kenduri Balik Umrah, Haji Atau Musafir

Makanan dan Minuman Jumlah paparan: 1457

Soalan:

Assalamualaikum ustaz

Boleh komen berkaitan kenduri kesyukuran lepas balik umrah/haji/musafir ....yg dinamakan sbg

An Naqiah. Adakah ianya sunnah?

 

Jawapan:

Termasuk dalam perkara yang sunnah (yang disunatkan) untuk dilakukan ketika pulang dari permusafiran jauh, sama ada haji, umrah atau permusafiran lainnya adalah membuat jamuan kesyukuran. Fuqaha menamakan jamuan atau kenduri itu dengan nama النَقِيْعَة al-Naqiah. 

Antara fuqaha yang menyebut perkara ini ialah al-Imam Zakarian anl-Ansori dalam Asna al-Matalib, demikian juga al-Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj.

al-Imam Bukhari juga dalam sahihnya letak satu bab: باب الطعام عند القدوم Bab Berkaitan Jamuan Ketika Sampai (dari Permusafiran). Bawah bab ini al-Bukhari datangkan hadis Jabir RA:

أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم، لما قدم المدينة نحَر جَزورًا أو بقرة

Maksudnya: Bahawa rasulullh ketika sampi ke madinah baginda menyembelih unta atau lembu betina

al-Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya meletakkan bab: باب الإطعام عند القدوم من السفر “Bab Berkaitan Memberi Makan Ketika Sampai Dari Permusafiran.” Kemudian beliau sertakan hadis yang memiliki makna yang sama dengan hadis di sisi al-Bukhari di atas. al-‘Azim Abadiy dalam syarahnya ‘Aun al-Ma’bud berkata: “Hadis ini menunjukkan disyariatkan jemputan jamuan (kenduri) ketika pulang dari permusafiran. Dinamakan jamuan ini sebagai al-Naqi‘ah yang berasal dari al-Naq‘ (النَقْعُ) yang merujuk kepada debu yang melekat pada tubuh badan orang yang pulang dari permusafiran.

Kata al-Imam al-Nawawi RH: 

يستحبُّ النقيعة؛ وهي طعام يُعمل لقدوم المسافر، ويُطلق على ما يعمله المسافر القادم، وعلى ما يعمله غيرُه له... وممَّا يستدل به لها: حديث جابر رضي الله عنه: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم، لما قدم المدينة من سفره، نحَر جزورًا أو بقرةً"؛ رواه البخاري

Maksudnya: “Disunatkan al-Naqi‘ah, iaitulah makanan yang disediakan kerana pulang dari permusafiran. Disebut kepada jamuan yang dilakukan oleh seorang musafir yang baru pulang dan juga kepada musafir yang baru pulang dari lainnya… Antara yang dijadikan dalil jamuan ini ialah hadis Jabir RA: “Bahawa Rasulullah SAW, ketika sampai di Madinah dari permusafiran, baginda menyembelih unta atau lembu betina,” yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Cetak
Wallahu a'lam