Soalan:
Apa hukum haiwan yang disembelih seperti gambar di bawah?


Jawapan:
Pertama: Kawasan sembelihan yang disebut oleh fuqaha seperti yang dinyatakan dalam Mausu‘ah Sina‘ah al-Halal 2/12:
أمَّا موضع الذَّبْح فقد اشترط الفقهاء في الإتيان به أن يكون بين الحُلْقوم والصدر مع قطع الحُلْقوم والْمَريء وأحد الوَدَجَين عند الحنفيَّة، وقال المالكيَّة: لا بُدَّ من قطع الحُلْقوم والوَدَجَين ولا يشترط قطع المَريء. وقال الشافعيَّة والحنابلة: لا بُدَّ من قطع الحُلْقوم والمَريء
Adapun tempat sembelihan (موضع الذَّبْح), para fuqaha’ mensyaratkan bahawa ia mesti dilakukan di antara halkum (الحُلْقوم) dan dada (الصدر), dengan cara berikut: Menurut mazhab Ḥanafiyyah: hendaklah memotong halkum, mari’ dan salah satu daripada dua urat darah (الوَدَجَين). Menurut mazhab Mālikiyyah: hendaklah memotong halkum dan kedua-dua urat darah, dan tidak disyaratkan memotong mari’. Menurut mazhab Syāfi‘iyyah dan Ḥanābilah: hendaklah memotong halkum dan mari’.”
Al-Wa’ili dalam Bughyah al-Maqtasid Syarh Bidayah al-Mujtahid 8/5155 menyebut:
قوله: (وأَمَّا المَسْأَلَةُ الثَّالِثَةُ: فِي مَوْضِعِ القَطْعِ: وَهِيَ إِنْ لَمْ يَقْطَعِ الجَوْزَةَ فِي نِصْفِهَا، وَخَرَجَتْ إِلَى جِهَةِ البَدَنِ، فَاخْتُلِفَ فِيهِ فِي الْمَذْهَبِ، فَقَالَ مَالِكٌ وَابْنُ القَاسِمِ: لَا تُؤْكَل؛ وَقَالَ أَشْهَبُ وَابْنُ عَبْدِ الحَكَمِ وَابْنُ وَهْبٍ: تُؤْكَلُ). قد شرحنا الجوزة وفصلنا القول فيها، ورأي الأكثرين من العلماء أنها تؤكل. قوله: (وَسَبَبُ الخِلَافِ: هَلْ قَطْعُ الحُلْقُومِ شَرْطٌ فِي الذَّكَاةِ أَوْ لَيْسَ بِشَرْطٍ؟ فَمَنْ قَالَ: إِنَّهُ شَرْطٌ، قَالَ: لَا بُدَّ أَنْ تُقْطَعَ الجَوْزَةُ؛ لِأَنَّهُ إِذَا قَطَعَ فَوْقَ الجَوْزَةِ، فَقَدْ خَرَجَ الحُلْقُومُ سَلِيمًا؛ وَمَنْ قَالَ: إِنَّهُ لَيْسَ بِشَرْطٍ، قَالَ: إِنْ قَطَعَ فَوْقَ الجَوْزَةِ، جَازَ. الجوزة هي: الغلصمة، وهي: التي تكون بين العنق وبين الحلقوم. ولا شك أن الدليل هو ما أنهر الدم، فإذا سال الدم فإنه هو الحجة في ذلك
Maksudnya: “Kenyataan penulis: “Adapun masalah ketiga ialah tentang tempat pemotongan: Sekiranya tidak dipotong “jauzah” (bonjolan halkum) pada bahagian tengahnya, dan jauzah itu keluar ke arah badan, maka berlaku perbezaan pendapat dalam mazhab. Al-Imam Mālik dan Ibn al-Qāsim berpendapat: tidak halal dimakan. Manakala Asyhab, Ibn ‘Abd al-Ḥakam dan Ibn Wahb berpendapat: halal dimakan.” Kami telah pun menjelaskan maksud “jauzah” dan menghuraikannya dengan terperinci sebelum ini, dan pendapat kebanyakan ulama berpendapat bahawa haiwan tersebut halal dimakan. Kenyataan penulis: “Sebab perbezaan pendapat ini ialah: Adakah memotong halkum (الحلقوم) merupakan syarat sah penyembelihan (الذكاة) atau tidak? Maka sesiapa yang mengatakan ia syarat, berpendapat bahawa mesti dipotong “jauzah”, kerana jika sembelihan dilakukan di bahagian atas “jauzah”, maka halkum tidak terputus dan masih kekal sempurna. Dan sesiapa yang berpendapat bahawa ia (memotong halkum) bukan syarat, berkata: Jika sembelihan dilakukan di bahagian atas “jauzah”, maka sembelihan itu tetap sah. “Jauzah” (الجوزة) ialah “al-ghalṣamah” (الغلصمة), iaitu bahagian yang terletak antara leher (العنق) dan halkum (الحلقوم). Dan tidak syak lagi bahawa dalil yang kuat dalam hal ini ialah apa yang menumpahkan darah (ما أنهر الدم) — maka apabila darah mengalir keluar, itulah tanda sah sembelihan menurut hujah yang paling kuat.”
Dalam Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-Mu‘asirah 2/1564 dinyatakan:
جوزة العُنُق: نتوء في مقدّم عُنُق الرَّجل مركّب من الغضروف الدرقيّ
Jauzah al-‘unuq: bonjolan di bahagian depan leher lelaki yang terbentuk daripada rawan tiroid.
Dr. Wahbah al-Zuhailii dalam al-Fiqh al-Islami 42766 menyebut:
لا خلاف في أنه إذا قطعت جوزة الحلقوم (أي العقدة التي في أعلى الحلق) في نصفها، وخرج بعضها إلى جهة البدن، وبعضها إلى جهة الرأس، حلت الذبيحة. فإن لم تقطع الجوزة في نصفها، وخرجت إلى جهة البدن، فقال جمهور الفقهاء غير الحنفية: لا تؤكل؛ لأن قطع الحلقوم شرط في الذكاة، فلا بد أن تقطع الجوزة، لأنه إذا قطع فوق الجوزة فقد خرج الحلقوم سليمًا. وعلى هذا فلا بد من أن يبقى من الجوزة تدويرتان كاملتان: إحداهما من أعلى، والثانية من أسفل، وإلا لم يحل المذبوح، لأنه حينئذ يسمى مزعًا لا ذبحًا. وقال الحنفية وبعض المالكية: تؤكل، لأنه لا يشترط قطع الحلقوم ذاته، فإن قطع فوق الجوزة، جاز لأنه يشترط فقط قطع أكثر الأوداج، وقد وجد. وعبارة الحنفية: المختار أن كل شيء ذبح وهو حي، أكل، وعليه الفتوى، لقوله تعالى: ﴿إلا ما ذكيتم﴾ [المائدة:٣/ ٥] من غير تفصيل
Tiada khilaf (perbezaan pendapat) bahawa apabila “jauzah al-ḥulqūm” (iaitu simpul atau bonjolan di bahagian atas tekak) terpotong di bahagian tengahnya, sehingga sebahagiannya ke arah badan dan sebahagian lagi ke arah kepala, maka sembelihan itu halal dimakan. Namun, jika tidak dipotong di bahagian tengah, dan seluruhnya hanya menghala ke arah badan, maka: Jumhur fuqaha’ selain Hanafiyyah berpendapat: tidak halal dimakan, kerana memutuskan halkum merupakan syarat sah penyembelihan (الذكاة). Oleh itu, bonjolan halkum (jauzah) mesti dipotong. Jika sembelihan dilakukan di bahagian atas dari jauzah, maka halkum masih kekal sempurna (tidak dipotong). Maka, disyaratkan agar dua gelang bulatan (تدويرتان) daripada halkum itu kekal: satu di bahagian atas, dan satu di bahagian bawah. Jika tidak, maka sembelihan itu tidak halal, kerana ketika itu ia dinamakan maz‘an (مَزْعًا) — disentap — bukan zabḥ (ذبح) sembelihan. Namun Mazhab Ḥanafiyyah dan sebahagian Mālikiyyah berpendapat: halal dimakan, kerana tidak disyaratkan memotong halkum itu sendiri. Jika sembelihan dilakukan di bahagian atas jauzah, ia tetap sah, kerana yang disyaratkan hanyalah memutuskan kebanyakan urat utama (الأوداج) — dan syarat itu telah terpenuhi. Ungkapan fuqaha’ Ḥanafiyyah ialah: “Pendapat yang terpilih ialah: setiap haiwan yang disembelih dalam keadaan hidup, maka halal dimakan, dan itulah pandangan fatwa; berdasarkan firman Allah Ta‘ala: “Melainkan apa-apa yang sempat kamu menyembelihnya” ﴿إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ﴾ (al-Mā’idah: 3) tanpa sebarang perincian tambahan (dari Allah SWT).”
Kedua: Haiwan yang disembelih di bahagian atas dari bonjolan halkum ke tekak dinamakan oleh fuqaha’ sebahagai haiwan Mughalsamah. Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 21/178-179 dinyatakan:
الْمُغَلْصَمَةُ اسْمُ مَفْعُولٍ مِنْ قَوْلِهِمْ: غَلْصَمَهُ إِذَا قَطَعَ غَلْصَمَتَهُ. وَالْغَلْصَمَةُ هِيَ جَوْزَةُ الْعُنُقِ وَهِيَ رَأْسُ الْحُلْقُومِ، وَهِيَ صَفِيحَةٌ غُضْرُوفِيَّةٌ عِنْدَ أَصْل اللِّسَانِ، سَرْجِيَّةُ الشَّكْل، مُغَطَّاةٌ بِغِشَاءٍ مُخَاطِيٍّ، وَتَنْحَدِرُ إِلَى الْخَلْفِ لِتَغْطِيَةِ فَتْحَةِ الْحَنْجَرَةِ لإِقْفَالِهَا فِي أَثْنَاءِ الْبَلْعِ. وَالْمُرَادُ بِالْمُغَلْصَمَةِ عِنْدَ الْفُقَهَاءِ الذَّبِيحَةُ الَّتِي انْحَازَتِ الْجَوْزَةُ فِيهَا لِجِهَةِ الْبَدَنِ، بِأَنْ يُمِيل الذَّابِحُ يَدَهُ إِلَى جِهَةِ الذَّقَنِ فَلاَ يَقْطَعُ الْجَوْزَةَ بَل يَجْعَلُهَا كُلَّهَا مُنْحَازَةً لِجِهَةِ الْبَدَنِ مَفْصُولَةً عَنِ الرَّأْسِ. وَصَرَّحَ الْمَالِكِيَّةُ فِي الْمَشْهُورِ بِأَنَّ الْمُغَلْصَمَةَ لاَ يَحِل أَكْلُهَا، وَهُوَ قَوْل الشَّافِعِيَّةِ؛ لأَِنَّ الْقَطْعَ حِينَئِذٍ صَارَ فَوْقَ الْحُلْقُومِ، فَإِنَّ الذَّبْحَ لَمْ يَكُنْ فِي الْحُلْقُومِ وَإِنَّمَا كَانَ فِي الرَّأْسِ. وَفِي حَاشِيَةِ ابْنِ عَابِدِينَ مِنْ كُتُبِ الْحَنَفِيَّةِ مَا خُلاَصَتُهُ: صَرَّحَ فِي «الذَّخِيرَةِ» بِأَنَّ الذَّبْحَ إِذَا وَقَعَ أَعْلَى مِنَ الْحُلْقُومِ لاَ يَحِل؛ لأَِنَّ الْمَذْبَحَ هُوَ الْحُلْقُومُ، لَكِنْ رِوَايَةُ الرُّسْتُغْفَنِيِّ تُخَالِفُ هَذِهِ حَيْثُ قَال: هَذَا قَوْل الْعَوَامِّ وَلَيْسَ بِمُعْتَبَرٍ، فَتَحِل سَوَاءٌ بَقِيَتِ الْعُقْدَةُ مِمَّا يَلِي الرَّأْسَ أَوِ الصَّدْرَ؛ لأَِنَّ الْمُعْتَبَرَ عِنْدَنَا قَطْعُ أَكْثَرِ الأَْوْدَاجِ وَقَدْ وُجِدَ. وَقَدْ شَنَّعَ الأَْتْقَانِيُّ فِي «غَايَةِ الْبَيَانِ» عَلَى مَنْ شَرَطَ بَقَاءَ الْعُقْدَةِ فِي الرَّأْسِ وَقَال: إِنَّهُ لَمْ يُلْتَفَتْ إِلَى الْعُقْدَةِ فِي كَلاَمِ اللَّهِ تَعَالَى وَلاَ كَلاَمِ رَسُولِهِ ﷺ بَل الذَّكَاةُ بَيْنَ اللَّبَّةِ وَاللَّحْيَيْنِ، وَقَدْ حَصَلَتْ، لاَ سِيَّمَا عَلَى قَوْل الإِْمَامِ مِنَ الاِكْتِفَاءِ بِثَلاَثٍ مِنَ الأَْرْبَعِ أَيًّا كَانَتْ، وَيَجُوزُ تَرْكُ الْحُلْقُومِ أَصْلًا، فَبِالأَْوْلَى إِذَا قُطِعَ مِنْ أَعْلاَهُ وَبَقِيَتِ الْعُقْدَةُ أَسْفَلَهُ
Al-Mughalṣamah ialah isim maf‘ul daripada perkataan mereka ghalsamahu yang bermaksud apabila memotong bahagian ghalṣamah-nya. Al-Ghalṣamah ialah jauzah al-‘unuq (bonjolan di leher), iaitu pangkal halkum, berupa lembaran rawan yang terletak di pangkal lidah, berbentuk seperti pelana, dilitupi oleh lapisan mukus (membran yang melapisi pelbagai rongga di dalam badan dan menutup permukaan organ dalaman), dan ia menurun ke belakang untuk menutupi lubang pintu halkum bagi menutupnya ketika proses menelan makanan. Yang dimaksudkan dengan al-mughalṣamah menurut fuqaha ialah haiwan sembelihan yang “jauzah”nya (bonggolan halkum) condong ke arah badan, iaitu apabila penyembelih mendekatkan tangannya ke arah dagu, sehingga tidak memotong bonjolan jauzah (bonjolan halkum) tersebut, bahkan menjadikan seluruh halkum ke arah badan dan terpisah daripada kepala. Ulama mazhab Māliki dalam pandangan masyhur dengan jelas menyatakan bahawa al-mughalṣamah tidak halal dimakan, dan itu juga pendapat ulama mazhab Syāfi‘e, kerana potongan sembelihan ketika itu berada di atas halkum, maka penyembelihan tidak berlaku pada halkum, sebaliknya (telah masuk) pada bahagian kepala. Dalam ḥāsyiah Ibn ‘Ābidīn daripada kitab-kitab mazhab Ḥanafiy dinyatakan kesimpulannya: Dalam al-Dhakīrah disebut bahawa jika sembelihan dilakukan di atas dari halkum, maka tidak halal, kerana tempat sembelihan ialah halkum itu sendiri. Namun riwayat al-Rustughfanī berbeza, beliau berkata: “Ini pendapat orang awam dan tidak diambil kira. Maka halal sembelihan itu sama ada simpul (bonjolan halkum) tersebut kekal di bahagian kepala atau di bahagian dada, kerana yang diambil kira di sisi kami ialah memutuskan kebanyakan urat utama (الأوداج), dan itu telah berlaku.” Al-Atqānī dalam Ghāyat al-Bayān mengecam mereka yang mensyaratkan supaya simpul (bonjolan halkum) kekal di bahagian kepala, lalu beliau berkata: “Tidak ada perhatian terhadap simpul (bonjolan halkum) itu dalam firman Allah Ta‘ala mahupun sabda Rasul-Nya ﷺ, bahkan tempat sembelihan ialah antara dada (اللَّبَّة) dan rahang (اللَّحْيَيْنِ), dan itu telah tercapai, lebih-lebih lagi menurut pendapat Imam (Abū Ḥanīfah) yang menganggap memadai memutuskan tiga daripada empat urat utama, mana-mana pun yang terputus. Bahkan dibolehkan tidak memotong halkum sama sekali, maka lebih utama lagi (dikatakan halal) jika dipotong di bahagian atas dari halkum dan bonjolan halkumnya kekal di bawahnya (bersama bahagian dada).”
Ketiga: Rata-rata perkataan ulama menunjukkan sembelihan bagi haiwan yang dapat dikuasai mesti dilakukan di bahagian tengkuk atau leher. Mereka berbeza pandangan apakah bahagian atas dari halkum termasuk dalam kategori tengkuk atau kepala kerana potongan di bahagian tersebut adalah memotong pangkal lidah bukan halkum.
Oleh kerana itu, sembelihan seperti yang terdapat dalam gambar boleh menimbulkan kekeliruan apakah ia disembelih di bahagian tengkuk atau kepala. Justeru tidak memakannya adalah lebih berhati-hati.