SDI 0581: Kelebihan Beruban

Pakaian dan Perhiasan Jumlah paparan: 562
Soalan:
 
Salam 
Ustz nk tnya betul kan org yg ada uban tu berpahala? Bole x ustz bg dalil skali, Sb kwn sy nk tgk n x pecaya ckp saya. 
 
Jawapan: 
 
Ya, ada kelebihan orang yang beruban. Antara buktinya hadis daripada 'Amr bin Syu'aib, daripada bapanya, daripada datuknya yang berkata:
 
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ نَتْفِ الشَّيْبِ، وَقَالَ: إِنَّهُ نُورُ الْمُسْلِمِ.
 
Maksudnya: "Bahawa Nabi SAW telah melarang mencabut uban. Baginda bersabda: "Uban itu cahaya seorang muslim." (Riwayat alTirmizi, katanya: "Hadis ini Hasan."
 
Larangan di sini adalah larangan Makruh. Di dalam Sahih Muslim daripada Anas bin Malik RA dengan Sanad yang Sahih ada mengatakan:
 
يكره أن ينتف الرجل الشعرة البيضاء من رأسه ولحيته
 
Maksudnya: "Dimakruhkan seorang lelaki mencabut uban dari kepala mahupun dari janggutnya."
Cetak
Wallahu a'lam