Hukum Guna Syampu Yang Boleh Menghitamkan Uban

Pakaian dan Perhiasan Jumlah paparan: 166

Wa'alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

Soalan dari grand galasi yang bertanya apa hukum jika rambut beruban menggunakan syampu yang dibuat dari mengkudu yang kesannya rambut terus jadi hitam pula selepas bersyampu. MOhon penjelasan ustaz. 

Jawapan: 

Wallahu ta'aala a'lam.

Ia termasuk perbuatan menukar atau mengubah warna rambut yang putih kepada hitam, di mana perkara itu ditegah oleh Nabi SAW seperti kenyatakan dari sebahagian para ulama. Jadi perkara ini saya berpegang dengan pandangan tersebut, maka tidak boleh melakukan hal sedemikian (yakni menggunakan syampu tersebut). 

Melainkan boleh dikecualikan bagi orang-orang muda yang berpenyakit rabut beruban sebelum waktunya. Maka dengan usinya yang masih muda rambutnya telah beruban, wallahu a'lam dia dibenarkan untuk berubat mengembalikan rambutnya yang putih itu kepada hitam, kerana termasuk penyakit yang boleh diubati. Akan tetapi jika seorang yang pada urufnya, memang usianya itu berubah maka dia tidak dibenarkan mengubah rambutnya kepada hitam dengan apa cara sekalipun termasuk dengan menggunakan syampu.

 

Cetak
Wallahu a'lam