Hukum Kadang-Kadang Berniqab Dan Kadang-Kadang Berpurdah

Pakaian dan Perhiasan Jumlah paparan: 2242

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Soalan yang bertanya, mohon pencerahan berkenaan perbezaan berniqab dan berpurdah.

Jawapan:

Wallahu taala a’lam.

Niqab dari bahasa ‘Arab yang membawa maksud al-Taghtiah (التغطية) iaitulah menutup atau tutupan. Biasanya niqab merujuk kepada menutup muka. Manakala berpurdah, setahu saya ia bukan bahasa Arab, tetapi bahasa melayu. Setahu saya orang melayu bila sebut purdah dia merujuk kepada niqab atau tutup muka.

Cuma kalau kita rujuk kepada bahasa Arab, ada beberapa perbezaan dan persamaan bagi kalimah niqab, hijab dan khimar. Secara ringkasnya hijab adalah umum yang bermaksud penutup aurat. Manakala khimar pula adalah tudung kepala. Dan Niqab merujuk kepada tutupan muka atau kain yang dibuat untuk tutup muka. Itu perbezaan antara niqab, hijab dan khimar.  

Kemudian penyoal bertanya:

“Saya telah memperbaiki cara berpakaian setelah berkahwin dan saya telah mula memakai niqab apabila keluar.”

Jawapan: 

Alhamdulillah satu perubahan yang baik, saya memohon kepada Allah agar kebaikan itu kekal pada puan yang bertanya.

Cuma di sini biasanya masyarakat kita faham niqab ini adalah tutup muka. Jika ini yang dimaksudkan maka teruskan dengan pegangan tersebut kerana ia merupakan pandangan sebahagian fuqaha dan ia menandakan ada satu unsur kebaikan yang bertambah dalam diri kita. Ikhlaskan niat, niatkan perkara itu dilakukan kerana hendak mematuhi perintah Allah SWT, pasti Allah akan memberi pahala kepada puan.

Kemudian penyoal juga bertanya “Apakah menjadi kesalahan sekiranya saya memakai purdah pula. Dalam kata lain, kadang-kadang pakai niqab kadang-kadang pakai purdah.”

Jawapan:

Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan purdah di sini dan apa yang dimaksudkan dengan niqab pula? Kalau puan maksudkan salah satunya tutup muka dan salah satunya tidak tutup muka, jadi maksud perkataan puan: “Apakah menjadi kesalahan sekiranya saya memakai purdah pula. Dalam kata lain, kadang-kadang pakai niqab kadang-kadang pakai purdah.” Maksudnya kadang-kadang tutup muka, kadang-kadang tak tutup muka, barangkali ini yang dimaksudkan. Jika itu yang dimaksudkan. Maka dia kembali kepada kenapa kita tutup muka?

Kalau kita tutup muka kerana merasakan ia adalah perintah agama, maka kita tutup muka berterusan dalam semua keadaan dan situasi. Kerana kita kata ia adalah perintah agama.

Tetapi kalau kita rasa, ya ia termasuk dalam perintah agama, tetapi bukan satu perintah wajib, kerana para ulama berbeza pandangan dalam permasalahan menutup muka bagi wanita.

Kalau kita kata: “saya tak pegang kata wajib tutup muka, tapi saya rasa macam perkara itu lebih baik,” kalau kita kata sebegini, maka tak ada masalah dalam perkara itu. Sebagai contoh ketika kita berada dalam majlis atau suasana yang kita rasa banyak fitnah sebagai contoh, lalu kita pakai niqab, atas alasan untuk kurangkan fitnah, lalu kita tutup muka, tak ada masalah, ia termasuk satu perkara baik dan terpuji.

Manakala ada kalanya kita merasakan macam tak ada fitnah, sebagai contoh seorang perempuan yang keluar rumah untuk sapu sampah, dia keluar nak pakai tutup muka menjadi kesukaran untuk pergerakan harian dia. Lalu dia tak pakai tutup muka atas timbangan tak ada kemungkinan ada fitnah, atau jauh dari berlaku fitnah, maka dia tak tutup muka, maka itu juga tak ada masalah.

Yang penting kenapa dia nak pakai tutup muka tu? Kalau dia kata memang wajib tutup muka bagi seorang perempuan, maka wajib dia tutup muka pada setiap waktu bila dia berada di luar rumah dan ada kemungkinan dia dilihat oleh lelaki ajnabi. Tapi kalau dia kata “saya faham ustaz tutup muka ni dari sudut afdhaliyyah sahaja, dari sudut suatu yang lebih baik sahaja, bukan wajib.” Kalau dia faham begini, maka tak menjadi masalah kalau kadang-kadang dia buka mukanya, kadang-kadang dia tutup mukanya berdasarkan kesesuaian waktu, tempat dan keadaan.        

Cetak
Wallahu a'lam