SDI 1458: Hukum Minyak Wangi Beralkohol Dibawa Solat

Pakaian dan Perhiasan Jumlah paparan: 2045

Soalan:

waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh dan soalan yang bertanya apakah hukum guna minyak wangi yang ada kandungan alkohol, boleh bawa solat ke?

 

Jawapan:

Wallahu taala a’lam, jawapan dia boleh, jawapan dia boleh memakai minyak wangi beralkohol dan boleh dibawa solat. Saya tidak nafikan dahulu ada pandangan yang mengatakan minyak wangi alkohol itu tidak boleh digunakan untuk menunaikan solat. Saya tidak nafikan, Akan tetapi ternyata pandangan itu dibina atas kefahaman yang salah terhadap konsep alkohol. Kerana kita kena tahu, isu yang menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan ulama ialah, apakah arak itu najis atau tidak?

 

Maka sebahagian ulama, termasuk ulamak mazhab Syafi'I, mereka berpandangan arak itu najis, najis ‘aini, jadi arak yang terkena pada pakaian, tidak boleh dibawa solat kerana arak itu najis. Akan tetapi alkohol yang ada dalam minyak wangi tu bukan arak.  Alkohol yang ada dalam minyak wangi itu bukan etanol dan ia tidak memabukkan, sebaliknya ia beracun. Kerana itu tidak haram dimakan kerana mabuk, tetapi ia diharamkan kerana boleh membawa mudarat. Maka perkara yang tidak boleh dimakan kerana membawa mudarat, tidak semestinya membawa hukum najis. Oleh kerana itu minyak wangi beralkohol yang tidak mengandungi najis dan bukan arak  boleh dibawa untuk menunaikan solat.

Cetak
Wallahu a'lam