SDI 1649: Mimpi Pakai Kasut

Soalan:

Ustaz, nak tanya soalan tentang mimpi. Kalau asyik mimpi pakai kasut, apa petandanya?

Jawapan:

Al-Qurtubi dalam al-Jami' Li Ahkam al-Quran 11/173 ketika menafsirkan ayat 12 dari surah Taha:

فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ إِنَّكَ بِالْوادِ الْمُقَدَّسِ طُوىً

Maksudnya: "Tanggalkan dua belah kasut mu (wahai Musa), sesungguhnya engkau berada di lembah Tuwa yang suci."

Antara pandangan yang menyebut tentang hikmah perintah kepada Nabi Musa AS menanggalkan kasut, ialah:

إِنَّ ذَلِكَ عِبَارَةٌ عَنْ تَفْرِيغِ قَلْبِهِ مِنْ أَمْرِ الْأَهْلِ وَالْوَلَدِ. وَقَدْ يُعَبَّرُ عَنِ الْأَهْلِ بِالنَّعْلِ. وَكَذَلِكَ هُوَ فِي التَّعْبِيرِ: مَنْ رَأَى أَنَّهُ لَابِسُ نَعْلَيْنِ فَإِنَّهُ يَتَزَوَّجُ

Maksudnya: "Demikian itu isyarat agar dikosongkan jiwa dari memikirkan perkara berkaitan isteri dan anak. Kadang-kala digunakan ibarat kasut untuk isteri. Demikian itulah juga pada takbir mimpi, bahawa sesiapa yang bermimpi memakai dua belah kasut, maka sesungguhnya dia akan berkahwin. "

Mudah² mimpi tersebut merupakan khabar gembira untuk anda.


Cetak  
Wallahu a'lam