'Alqamah

‘Alqamah yang dimaksudkan ialah Abu Syibl (أبو شِبْل) ‘Alqamah bin Qais bin ‘Abdillah bin Malik bin ‘Alqamah al-Nakhai’e (عَلْقَمَةُ بْنُ قَيْسِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَالِكِ بْنِ عَلْقَمَةَ). Bapa saudara kepada faqih ‘Iraq, Ibrahim al-Nakhai’e, meninggal dunia pada tahun 62H. Seorang faqih, ‘Alim dan Muqri’, seorang Imam ikutan di Kufah. Lahir di zaman dakwah Nabi SAW, kerana itu beliau tergolongan dalam kalangan al-Mukhdramin (الْمُخَضْرَمِينَ). Mengembara untuk menuntut ilmu dan berjihad. Beliau menetap di Kufah dan melazimi ‘Abdullah bin Mas‘ud. Beliau dikatakan seperti Ibn Mas‘ud dalam pengajaran dan bimbingannya. Para penuntut ilmu telah mula bertanyakan permasalahan dan belajar daripadanya, ketika para sahabat masih ramai.

Kata ‘Uthman bin Sai‘ed:

 قَالَ ابْنُ الْمَدِينِيِّ : لَمْ يَكُنْ أَحَدٌ مِنَ الصَّحَابَةِ لَهُ أَصْحَابٌ حَفِظُوا عَنْهُ ، وَقَامُوا بِقَوْلِهِ فِي الْفِقْهِ إِلَّا ثَلَاثَةٌزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ ، وَابْنُ مَسْعُودٍ ، وَابْنُ عَبَّاسٍ ، وَأَعْلَمُ النَّاسِ بِابْنِ مَسْعُودٍ عَلْقَمَةُ ، وَالْأَسْوَدُ ، وَعُبَيْدَةُ ، وَالْحَارِثُ  

Maksudnya: “’Kata Ibn al-Madini: “Tiada seorangpun dari kalangan sahabat Nabi SAW yang memiliki sahabat yang menghafaz (ilmu) darinya, menyebarkan pandangannya dalam permasalahan fiqh melainkan tiga orang, iaitulah Zaid bin Thabit, Ibn Mas‘ud dan Ibn ‘Abbas. Adapun orang yang lebih tahu tentang Ibn Mas‘ud ialah ‘Alqamah, al-Aswad, ‘Ubaidah dan al-Harith.” (Siyar A’lam al-Nubala’: 4/54)


Cetak  
Wallahu a'lam