al-Imam al-Nawawi Memulakan Penjelasan Berkaitan Hadis Dalam Kitab Fiqh

Profil Tokoh Jumlah paparan: 36

Al-Imam al-Nawawi RH memulakan penjelasan status hadis dalam kitab fiqh beliau.

Al-Hafiz al-‘Iraqi RH berkata:

كانت عادة المتقدمين السكوت على ما أوردوه من الأحاديث في تصانيفهم، من غير بيان لمن أخرج ذلك الحديث من أئمة الحديث، ومن غير بيان للصحيح من الضعيف، إلا نادرًا، وإن كانوا من أئمة الحديث، ولكنهم مشوا على عادة من تقدمهم من الفقهاء، حتى جاء الشيخ محيي الدين النووي، فصار يسلك في تصانيفه الفقهية الكلام على الحديث، وبيان من خرّجه، وبيان صحته من ضعفه، وهذا أمر مهم مفيد. فجزاه الله خيرًا. لأنه تحمّل عن ناظر كتابه التطلب لذلك في كتب الحديث

“Menjadi kebiasaan ulama terdahulu untuk berdiam diri terhadap hadis-hadis yang mereka sebutkan dalam karangan mereka, tanpa menjelaskan siapa dari kalangan imam hadis yang meriwayatkan hadis tersebut, dan tanpa menjelaskan status sahih atau dhaifnya melainkan jarang sekali, walaupun mereka sendiri termasuk dalam kalangan imam hadis. Tetapi mereka mengikuti kebiasaan para fuqaha sebelum mereka. Sehinggalah datang al-Syaikh Muhyiddin al-Nawawi, maka beliau menjadikan suatu manhaj dalam karangan-karangannya dalam bidang fiqh dengan membicarakan hadis-hadis, menjelaskan siapa yang meriwayatkannya, serta menerangkan sama ada hadis itu sahih atau dhaif. Dan ini adalah perkara yang sangat penting lagi bermanfaat. Semoga Allah membalas beliau dengan kebaikan, kerana beliau telah mengambil tanggungjawab, sehingga pembaca kitabnya tidak perlu lagi mencari perkara itu dalam kitab-kitab hadis.” (al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Manhal al-‘Adzb al-Rawiy الْمَنْهَلُ العَذْبُ الرَّوِيُّ, hlm. 112)

Cetak
Wallahu a'lam