Jika kamu tidak seperti Imam Ahmad bin Hanbal, jadilah seperti Abu Haitham

Kata Abdullah bin Ahmad bin Hanbal: "kerap kali aku mendengar bapaku berdoa: "Ya Allah berilah keampunan kepada Abu Haitham dan rahmatilah beliau." Aku bertanya: "Siapa dia Abu Haitham wahai bapa?" Jawab bapaku: "Seorang Arab Badwi yang aku belum pernah melihat wajahnya. Namun pada satu malam sebelum perlaksanaan hukuman sebat ke atasku, aku dikurung di dalam bilik kecil yang gelap gelita. Tiba-tiba ada seorang lelaki menepuk ku dan berkata: "Kamu ini Ahmad bin Hanbal?" Aku menjawab: "Ya." Tanya lelaki itu lagi: "Kamu kenal aku?" Jawabku: "Tidak." Kata lelaki itu:
 
"Aku Abu Haitham (أبو الهيثم), seorang pencuri, peminum arak dan penyamun. Namaku tertulis dalam senarai pesalah yang dikehendaki oleh Amirul mukminin. Aku telah disebat sebanyak 18,000 sebatan secara berasingan. Aku memikul semua sebatan ini kerana jalan syaitan. Maka bersabarlah kamu wahai Ahmad bin Hanbal untuk disebat di jalan Allah." 
 
Sambung Imam Ahmad: "Ketika mereka mengikat aku dan melaksanakan hukuman sebatan ke atasku, setiap kali sebatan, aku teringatkan perkataan Abu Haitham dan aku berkata kepada diri ku: "Sabarlah wahai Ahmad (kamu disebat) di jalan Allah."
 

Cetak  
Wallahu a'lam