Kisah seorang Sahabat yang sempat bertemu Ramadan sekali dapat masuk syurga lebih awal dari yang mati syahid

Sirah dan Kisah Umat Terdahulu Jumlah paparan: 2469

 

Satu hadis yang saya nak kongsi dengan tuan-tuan berkaitan dua orang lelaki yang datang berjumpa dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dari satu tempat bernama Bali. Dua orang lelaki ini datang berjumpa dengan Nabi di zaman nabi dan kedua-dua mereka mendengar penerangan Islam dari Nabi sallallahu alaihi wasallam. Kemudian kedua-dua mereka bersetuju untuk memeluk Islam.

Setelah itu disebut di dalam hadis, sahabat yang meriwayatkan hadis menyatakan salah seorang dari dua orang itu, dia lebih bersemangat, lebih chengei, lebih garang orang dia berbanding kawan dia seorang lagi. Tak lama selepas mereka memeluk Islam, ada seruan jihad, ada peperangan jihad. Lalu seorang yang bersemangat dan agresif itu, dia turut serta di dalam jihad dan akhirnya dia gugur dalam peperangan.

Kawan dia yang seorang lagi tidak ikut serta dalam peperangan, terus hidup selama setahun, setelah itu dia meninggal. Dalam riwayat sebut dia hidup selama setahun, dia salat berjamaah bersama dengan Nabi dalam tempoh setahun, dia menunaikan solat sunat yang banyak. Kemudian disebut di dalam hadis وأدرك رمضان dia sempat bertemu dengan sekali Ramadhan, kemudian dia mati.

Sahabat yang meriwayatkan hadis, dia kata: “Pada malam itu dia tidur dan dia bermimpi melihat dua orang lelaki ni di hadapan Syurga. Tak lama selepas tu keluar malaikat dari syurga lalu mempersilakan lelaki yang mati kemudian untuk masuk syurga.” Siapa dia lelaki yang mati kemudian? Yang mati syahid atau yang bukan mati syahid? Yang bukan mati syahid! Maknanya malaikat mempersilakan lelaki yang bukan mati syahid untuk segera masuk syurga.  Kemudian setelah itu malaikat tu keluar kali kedua dan mempersilakan lelaki yang mati syahid untuk masuk ke dalam syurga. kemudian malaikat keluar kali yang ketiga, tengok sahabat tu, malaikat kata: ارجع فإنك لم يأن لك بعد “adapun kamu pi balik.” Pasai apa? "belum tiba giliran kamu masuk syurga." pasai kamu tak mati lagi, dok hidup lagi. Dia tengah tidur dan bermimpi. "Belum sampai giliran hang masuk syurga, pi balik." Dia pun terjaga dari tidur dia.

Bila masuk Subuh dia pergi ke masjid dan dia bagitahu kepada semua sahabat, sahabat Nabi, apa yang dia tengak di dalam mimpi. Kesemua sahabat تعجبوا rasa macam pelik. Apa yang mereka pelik tuan-tuan? Macamana seorang yang mati biasa boleh masuk syurga lebih awal dari kawan dia yang mati syahid? Lalu mereka semua pergi berjumpa dengan Rasulullah bagitahu mimpi sahabat tadi.

Rasulullah kata kepada para sahabat semua: "apa yang menyebabkan kamu semua berasa hairan?" Kata para sahabat: "Ya Rasulullah lelaki ini mati biasa ya Rasulullah. Kawan dia ni mati syahid. Pasai apa dia masuk syurga lebih awal dari kawan dia yang mati syahid?" Lalu  Nabi SAW tanya kepada para sahabat: "bukankah dia yang mati biasa ni, hidup setahun setelah kawan dia gugur syahid?" Sahabat kata: “Betul wahai Rasulullah." Rasulullah tanya: "Bukankah dia telah menunaikan solat berjemaah Bersama kita?" Sahabat menjawab: “Betul wahai Rasulullah.” Rasulullah tanya lagi: "Bukankah dia telah menunaikan solat sunat sekian sekian," rajin solat sunat dia ni. Sahabat kata: "betul ya rasulullah." Kemudian Nabi sallallahu alaihi wasallam sebut:  "Bukan kah juga dia sempat bertemu dengan Ramadhan dan berpuasa sebulan Ramadan sekali?" Sahabat kata: "betul wahai Rasulullah." Rasulullah berkata: "Sesungguhnya perbezaan di antara mereka berdua lebih jauh dari jauhnya langit dan bumi."

Sekali Ramadan tuan-tuan, dapat masuk syurga lebih awal dari orang yang mati syahid tak sempat puasa Ramadan. Cuba tanya diri masing-masing berapa kali Ramadan Kita boleh? Kalau umur 15 tahun, katakan baligh ketika umur 15 tahun, kalau sekarang dia berumur 40 tahun, maknanya dia telah berpuasa selama 25 kali Ramadan. Kalau yang berumur 50, 60, berapa kali Ramadan? 40 ramadan, 50 ramadan. Kerana itu tuan-tuan, doa, jangan lupa doa supaya Allah taala panjangkan umur kita sehingga kita sempat bertemu dengan Ramadhan. Antara doa yang boleh diamalkan:

اَللَّهُمَّ بَلِّغْنِيْ رَمَضَان

"Ya Allah sampaikanlah daku sehingga ke bulan Ramadan."

Cetak
Wallahu a'lam