Antara Bidaah Yang Dilakukan Oleh Quraisy Ialah Membezakan Antara Arab al-Hums الحمس dan Arab Hullah الحلة

Sirah dan Kisah Umat Terdahulu Jumlah paparan: 689

Orang Quraisy, mereka buat satu rekaan bidaah dengan mengatakan mereka orang Quraisy dari kalangan al-Hums الحُمْسُ iaitulah orang-orang yang mulia dan kuat beragama, dinisbahkan kepada agama dan orang yang bertanggungjawab memelihara tanah haram. Jadi mereka kata, mereka adalah al-Hums, atau orang yang mulia dan kuat beragama. Itu maksud al-Hums dan ia khusus untuk orang Quraisy sahaja.

Manakala orang Arab selain Quraisy, mereka pula golongan Arab al-Hullu الحُلّ atau al-Hullah الحُلَّة iaitulah orang yang lebih hina berbanding Quraisy. Mereka tidak sama dengan kemuliaan Arab Quraisy. Jadi orang Arab selain Quraisy iaitu dari kumpulan al-Hullu, mereka perlu ada al-Hirmiy الحِرْمِي dari kalangan Quraisy. Ini kerana orang Hullu yang bukan Quraisy, tidak boleh melaksanakan Haji di Mekah dengan pakaian mereka, mereka tidak boleh memakan makanan mereka ketika melaksanakan Haji dan Umrah di Mekah melainkan mesti makan dari makanan orang Mekah atau Quraisy yang mulia. Orang Hullu juga, iaitulah yang selain dari Quraisy, tidak boleh melaksanakan tawaf di Kaabah dengan pakaian mereka. Kerana apa? Kerana mereka gunakan logik akal mereka sendiri dengan mengatakan, pakaian yang dipakai ketika melakukan maksiat dan dosa tidak wajar digunakan untuk melaksanakan ibadah tawaf yang merupakan perbuatan mengagungkan ALlah SWT.

Jadi mana-mana orang Hullu yang ke Mekah untuk melaksanakan Haji ataupun Umrah, perlu ada kenalan dari kalangan orang Quraisy yang dinamakan sebagai Hirmiy. Orang Hullu kena ada Hirmiy dari kalangan Quraisy.

Jadi jika seseorang Arab Hullu ada kenalan dari kalangan Quraisy yang dinamakan Hirmiy, dan Hirmiy inilah yang akan meminjamkan pakaian kepada hullu dan memberi makanan kepadanya.

Jadi ‘Iyadh bin Himar (عياض بن حمار) ini adalah hirmiy kepada Rasulullah SAW. Bagindalah yang memberi pinjam pakaian kepadanya ketika dia datang untuk melaksanakan haji ataupun umrah. Jadi ‘Iyadh bin Himar dari kalangan orang Hullu yang ada pakaian ketika melaksanakan haji dan umrah.

Manakala hullu lain yang tidak ada sesiapa yang mereka kenai dari kalanagn Quraisy, melakukan tawaf di Kaabah dalam keadaan bertelanjang, seperti yang semua kita sedia maklum. Kenapa mereka bertelanjang? Iaitulah menurut logik mereka, tak boleh buat ibadah dengan baju yang digunakan ketika melakukan dosa dan maksiat. Mereka pula tidak ada kenalan dari kalangan orang-orang Quraisy. Maka mereka kena bertelanjang untuk melaksanakan tawaf. Kalau orang lelaki, mereka lakukan tawaf pada siang hari dalam keadaan bertelanjang. Orang perempuan pula melakukan tawaf pada malam hari dalam keadaan telanjang. Sebahagian mereka yang malu, mereka akan letakkan kapas atau kain pada bahagian kemaluan sahaja.    

Cetak
Wallahu a'lam