Para Wali Dan Golongan Mulia Menjadi Perantara Dalam Agama Kristian

Sirah dan Kisah Umat Terdahulu Jumlah paparan: 554

:Dalam sejarah agama Kristian

لقد انتهت الوثنية، ولكنها لم تلق إبادة كاملة بل إنها تغلغلت في النفوس واستمر كل شيء فيها باسم المسيحية وفي ستارها؛ فالذين تجردوا عن آلهتهم وأبطالهم وتخلوا عنهم أخذوا شهيدًا من شهدائهم ولقبوه بأوصاف الآلهة، ثم صنعوا له تمثالاً، وهكذا انتقل هذا الشرك وعبادة الأصنام إلى هؤلاء الشهداء المحليين، ولم ينته هذا القرن حتى عمت فيه عبادة الشهداء والأولياء، وتكونت عقيدة جديدة وهي أن الأولياء يحملون صفات الألوهية، وصار هؤلاء الأولياء والقديسون خلقا وسيطا بين الله ،والإنسان يحمل صفة الألوهية على أساس عقائد الأريسيين، وأصبحوا رمزًا لقداسة القرون الوسطى، وورعها وطهرها، وغيرت أسماء الأعياد الوثنية بأسماء جديدة حتى تحول في عام ٤٠٠ ميلادي عيد الشمس القديم إلى عيد ميلاد المسيح. وجاء في دائرة المعارف الكاثوليكية الجديدة: «تغلغل الاعتقاد بأن الإله الواحد مركب من ثلاثة أقانيم في أحشاء حياة العالم المسيحي وفكره، منذ ربع القرن الرابع الأخير، ودامت كعقيدة رسمية ،مُسلمة، عليها الاعتماد في جميع أنحاء العالم المسيحي، ولم يرفع الستار عن تطور عقيدة التثليث وسرها إلا في المنتصف الثاني للقرن التاسع عشر الميلادي

Pernah berakhir penyembahan berhala, namun dalam bentuk penghapusan yang belum menyeluruh dan sepenuhnya, sebaliknya ia kembali meresap ke dalam jiwa dan berterusan atas nama agama Kristian dan di bawah selimutnya. Mereka yang jauh dari tuhan memberikan nama dan sifat ketuhanan kepada orang yang gugur syahid dalam kalangan mereka. Kemudian mereka buatkan berhala mewakili orang yang gugur syahid itu. Demikianlah kesyirikan dan penyembahan berhala ini berlaku kepada mereka yang gugur syahid. Abad ini tidak berakhir sehingga penyembahan para syuhada dan para wali merebak secara meluas. Terbentuklah satu kepercayaan atau akidah baharu, iaitulah para wali memikul atau memiliki sifat-sifat ketuhanan, jadilah para wali dan golongan mulia itu perantara antara Tuhan dan manusia, wali dan orang mulia tersebut memiliki sifat ketuhanan seperti dasar kepercayaan orang Arian, para wali dan golongan mulia itu menjadi simbol kekudusan, kewarakan dan kesucian bagi zaman pertengahan. Bertukarlah nama-nama hari perayaan keberhalaan dengan nama-nama baharu, sehingga pada tahun 400 Masihi perayaan al-Shams al-Qadim bertukar menjadi hari perayaan kelahiran al-Masih. Dalam Ensiklopedia Katolik Baharu dinyatakan: “Kepercayaan bahawa Tuhan yang satu terdiri daripada tiga (triniti) telah masuk menembusi sanubari kehidupan dan pemikiran dunia Kristian, sejak suku terakhir abad keempat, dan ia berterusan sebagai keyakinan rasmi, diterima, menjadi sandaran dan keyakinan di seluruh dunia Kristian. Akidah Triniti dan rahsianya tidak berlaku melainkan pada separuh kedua abad kesembilan belas Masihi. (Lihat Dr. ‘Ali Muhammad Solabiy al-Sirah al-Nabawiyyah: ‘Ardh Waqa-I’ Wa Tahlil Ahdath, hal: 17)  

Cetak
Wallahu a'lam